my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

26 November 2011

CERPEN YANG AKU KAGUMI

CERPEN 1 PILIHAN SAIFULFROM SLIM

Cerpen: Virus
Oleh Peter Augustine Goh

2010/12/25

DIA memandang ke luar jendela yang berlangsir ungu muda. Melihat cebisan-cebisan putih yang gugur dari langit. Dia merasakan ia seperti tepung yang keluar dari ayak, tertabur di jalan raya dan bangunan di depan banglo mewah tiga tingkat. Dia sendiri terpegun dengan keadaan cuaca yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Daerah Mawar Merah. Kedinginan cuaca pada pagi yang amat dingin seperti tidak mampu menenangkan hatinya. Ia bagaikan dihangatkan oleh suatu perasaan yang menjarumi fikirannya. 

Fikirannya berlari lagi pada dua ayat panjang. Terucap lancar pada lidah seorang lelaki 60 tahun. Lalu terusik pada jiwa.

Di tengah-tengah fikirannya yang keruh, dia merasakan dalam dirinya ada air kekusutan berkocak hebat. Membuatkan dia penat. Amat penat. Namun, dia masih bertahan dengan perasaan yang dipikul berat. Kalau dia terus bersabar dan yakin pada pembedahan itu nanti, dia akan selamat. Diselamatkan oleh pakar bedah yang hebat.
Bercakap tentang hebat, dia segera teringatkan Ilahi. Mahu cepat-cepat bertaubat. Dia terus meluruhkan pandangannya ke luar, ke langit yang muram yang tidak berjaya ditembusi jalur mentari yang biasanya atau sebelumnya ditikami terik yang memijar kulit. 

Masakan tidak hebatnya Ilahi kerana kebenaran-Nya terbukti jelas. Teringatnya kini surah Yasin ayat 82 yang bermaksud: 

“Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia.” 

Kebenaran ini dikuatkan lagi dengan kejadian yang menimpa ke atas dirinya seperti salji tebal yang menyebabkan kenderaan terbenam dalam lapisan-lapisan putih di jalan raya. Mungkin kesejukan tapi penuh kehangatan beban yang ditimpanya. 
Fikirannya berlari lagi, teringat dua ayat panjang yang diluahkan lelaki yang sebaya dengannya bulan sudah, berbunyi keras dan pedas penuh sinis : “Kalau kau tak berhenti bercakap yang dusta tentangku, aku akan terus bercakap yang benar tentang kau! Ingat Malik, ini bukan ancaman tapi satu janji!” 

Pada tahap ini, Malik merasakan Reduan yang agak tinggi, masih berambut walaupun sudah beruban sedikit sana sini, berbadan sasa dan bermisai nipis mentertawakannya. Reduan tidak perlu lagi terus bercakap yang benar tentangnya. Janjinya bagaikan terpenuh tanpa dia meluahkan sepatah kata pun. Apatah lagi ayat-ayat panjang kepada pengetahuan orang lain akan dirinya sebagai pemimpin yang bersaing dengannya. 

Ya Allah, semua orang akan tahu. Ya, ramai yang akan tahu penyakit yang dihadapinya. Penyakit yang serius. Pakar yang mendiagnosisnya menekankan bahawa dia perlu dibedah segera. Kalau tidak, virus yang menyerang dalam dirinya akan membunuhnya lambat laun. 

Tidak! Aku belum mahu mati lagi! 

Terasa Reduan terus mentertawakannya. Penuh sinis dan mencemuhnya bulat-bulat. Padan dengan muka kau! Nama saja pemangku ketua wakil rakyat, tapi sifat macam hantu. Kalau hendak bersaing untuk merebut jawatan ketua pemimpin Mandala Jaya dalam Daerah Mawar Merah ini, bersainglah dengan penuh etika. Bukan berdusta tentangku. Biarlah pemilihan dibuat secara telus dan tulus serta adil. 

Dapat dirasakannya tukasan Reduan terngiang-ngiang di telinganya. 

“Malik, aku tahu kau mengupah orang memalsukan gambar-gambarku dengan perempuan-perempuan dalam keadaan yang menjijikkan di internet. Kononnya aku kaki perempuan, kaki botol, kaki judi. Kononnya aku kuat bersolat tapi buat perkara-perkara yang meluat, bertentangan dengan orang-orang yang sepatutnya beriman. Kononnya aku menggelapkan wang dan kes fitnah ini semua masih disiasat. Ini semua dusta. Dusta! Sebenarnya kau seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Tembelang tak boleh disimpan lama-lama. Pecah juga sudahnya! 
Apabila banyak ayat pedas yang panjang itu menjentik-jentik gegendang telinganya, dia dapat merasakan seperti keadaan huru-hara yang menimpa seluruh Daerah Mawar Merah, dan daerah-daerah lain yang berdekatan dan sewaktu dengannya. Keadaan yang tidak menyenangkan telah menyebabkan kemalangan. Beberapa jalan menuju ke lebuh raya ditutup. Ribut salji di daerah-daerah jiran lebih buruk lagi. Ada sampai 20 sentimeter salji di jalan. Cuaca teramat dingin, 2 darjah Celsius. Jauh bezanya dengan suhu panas yang lazimnya sampai 35 darjah Celsius pada siang hari. 

Malik terus mendongak ke langit. Kemudian meluruhkan pandangan ke jalan raya. Jutaan butir-butir putih hening terus menggugur. Angin lembut menggerbangkan rambut setengah-setengah orang yang tidak berserkup di kepala. Mereka yang berada di luar berjaket tebal dan kelihatan berjalan perlahan-lahan dengan agak payah. 

Cebisan-cebisan putih yang menari lemah yang berirama tiupan angin lembut itu serta wap yang keluar dari mulut orang-orang yang bercakap amat mengusik jiwanya. Seolah-olah cebisan-cebisan jernih itu berubah menjadi luahan kata-kata hitam terhadapnya dan asap panas yang terhambur keluar mengumpat akan dirinya. Berat! Malunya dia. 

Malik melekapkan jari-jari tangan kanan pada kaca tingkap ditingkat tiga seakan-akan ingin membelai cebisan salji yang bertepek di luar tingkap. Jernih dan bersih bagaikan kapas yang berputih juga pada dahan pokok yang berdaun jarang. Ketika dia berbuat demikian, dia merasakan dia menerima satu kebenaran. Inilah kebesaran Allah seperti yang terfirman dalam surah 36, ayat 82 itu. 

Reduan berpusing dan duduk di sofa berwarna krim. Berpeluk tubuh yang berbalut baju tebal untuk mengusir semacam kedinginan. Namun dalam dirinya terus terasa panas, dipanaskan keadaannya kini. Dia melihat surat khabar di atas meja kecil di depannya. Dia melepaskan tangannya daripada memeluk tubuhnya sendiri. Tangan itu mengangkat akhbar lalu dibelek-beleknya hingga ke muka tengah dan dibacanya. Berita itu ada mengatakan tentang sebuah daerah yang jauh daripada Daerah Mawar Merah, watannya. Daerah Sekuning Langsat, di sebelah barat dayanya mengalami bah yang paling buruk. Bah yang tidak pernah terjadi di bumi panas itu, meragut nyawa 80 orang dalam seminggu sejauh itu. Angka korban meningkat. Banyak kerosakan pada harta benda seperti rumah, jalan dan jambatan. Keadaan bertambah buruk dengan tiada makanan untuk mengisi perut yang kosong. Mangsa-mangsa bah mengalami sakit-sakit di badan. Demam dan batuk menjadi-jadi. 

Dibacanya terus, tentang kebakaran hutan di Daerah Sehijau Daun. Daerah yang lazimnya amat sejuk itu telah mengorbankan 30 orang dan memusnahkan 1,260 orang sejauh itu. Ahli-ahli bomba bertungkus lumus melawan api yang dahsyat. Suhu yang biasanya serendah 1 darjah Celsius telah dirampas suhu sehingga 38.2 darjah Celsius. Banyak hektar gandum dan barli digodam kemusnahan. Keadaan darurat juga memusnahkan 300 rumah, 500 orang hilang tempat tinggal. Banyak orang berendam di tasik dan sungai. 

Masya-Allah! 

Dibacanya lagi. Di Daerah Seharum Bunga yang biasanya dibelai kesejukan juga, mengalami cuaca panas dan telah mengorbankan lima orang sejauh itu. 

Mahu dibacanya lagi, tetapi batinnya tidak mengizinkannya. Dia merasakan dia mungkin berpakaian tebal dalam banglonya yang mewah, tetapi sebenarnya yang membaluti tubuhnya adalah semacam kekalutan dan keresahan yang amat panas. 
Astaghfirullah-Aladzim. 

Sejurus rasa takut itu ditindih pula oleh rasa yang amat kalut. Manakan tidak? Bagaimana kalau anak isteri yang kini berada di rumah mentuanya melihat tubuhnya yang kaku nanti? Kaku, kerana pembedahan yang dijalankan oleh pakar bedah gagal. 

Tidak! Aku belum mahu mati lagi. Aku ingin kembali ke pangkal jalan. Aku bernazar. Benar-benar. Malik memejamkan matanya erat-erat. 

Dalam mata pejam, hatinya tiba-tiba kembali diserang satu macam perasaan sayu. Bagaimana kalau virus itu yang sudah merebak ke seluruh jiwa raganya tidak dapat diatasi pakar bedah kelak? Maknanya pembedahan esok pagi nanti akan menghantarnya ke dunia lain? 

“Bukan dunia lain, Malik. Lebih tepat ke neraka! 

“Huh! Pergi! Pergi jauh-jauh!” 

Terdengar Reduan ketawa tak gering gusi. Menjengkelkan hati. 
Hati: Aku benar-benar bernazar kini. Aku akan menjadi manusia yang beriman. Tak berdusta lagi. Tak beriak lagi. Tak bongkak lagi. Tak sombong lagi. Tak suka bermegah lagi. Tak berpura-pura lagi. Pendek kata tak tersasar lagi. Percayalah. 
“Hati kau adalah ombak yang pecah di pantai. Lebih baik habiskan usia kau di laut kemusnahan. Lebih baik mati di laut kekecewaan seperti ikan dan sotong yang kesasar!” 

“Pergi kau Reduan! Pergi!” 

Apabila Malik membuka matanya semula, dia seperti mendengar jeritan batinnya. Yang dia nampak di ruang matanya ialah orang-orang di Daerah Mawar Merah, khususnya di Mandala Jaya akan menjamu mata apabila asyik disuapi berita di akhbar nanti. Bagaimana seorang pemimpin yang disanjungi sebelum ini menjalani satu pembedahan. Pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya daripada virus yang berbahaya. Bahaya, kerana kalau tidak dikeluarkan dari tumbuhan itu akan memburukkan penyakit yang sudah sampai ke puncaknya. 

Malik memejamkan matanya semula. Kini Doktor Aziz, pakar bedah datang merapat kepadanya. 

“Setelah mengimbas dalam diri encik dengan menggunakan alat imbasan tercanggih, kami dapati ada semacam trauma yang didorongi virus aneh yang menyerang seluruh urat nadi dan jiwa raga encik. Degupan jantung encik kuat satu macam. Tekanan darah encik juga amat tinggi. Sifat-sifat aneh ini disebabkan virus ganjil dalam tumbuhan dalam tubuh itu mesti dihapuskan.” 
Diam. 

Kemudian Doktor Aziz menambah, “Oleh itu Encik Malik tiada pilihan lain.” 
“Maksud doktor, dibedah?” 

“Ya, kalau tidak penyakit rasuah dan salah guna kuasa serta permainan kotor yang diamali Encik Malik akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan dosa dalam serata tubuh Encik Malik membesar. Ia dipenuhi sejenis virus yang menyebabkan encik tak dapat tidur dengan aman. Imsonia encik akan perlahan-lahan mengunyah hayat encik. Fikiran encik tak akan tenteram. Hati dan jantung encik juga akan perlahan-lahan dimakan virus ini. Sebelum terlambat, pembedahan ini perlu dijalankan segera. Minggu depan pada sebelah pagi, pembedahan akan dijalankan di hospital ini juga.” 

“Bagaimana peluang saya?” tanya Malik sebaik saja penjelasan ekspres Doktor Aziz tamat tadi. 

“Bergantung pada keyakinan encik sendiri. Kami akan memberikan suntikan rohani. Suntikan yang boleh memberikan ketenangan dan kegembiraan. Tenang dan gembira kerana virus itu dilenyapkan dari tubuh encik. Kami boleh melakukan yang terbaik di sini. Tapi yang penting ialah suntikan keyakinan encik sendiri. Yakin kepada kebesaran Allah,” tekan Doktor Aziz panjang lebar dengan penuh nada serius. 

(ii) 
SEBULAN kemudian, Malik sembuh sepenuhnya. Pembedahan telah berjaya dijalankan di Hospital Iman Al-Islamiah. Virus dalam tumbuhan-tumbuhan itu dapat diatasi sepenuhnya. Lidahnya yang sebelumnya lancar menegakkan gambaran orang lain yang bobrok , di sebalik bibir yang segar dan indah serta manis tersenyum, kini lancar menegakkan kebenaran dan yang muluk-muluk. 

Dua orang anak remaja dan isteri cantik menitis air mata kegembiraan. Ia bagaikan merenjis bunga kesyukuran. Bagaikan membentuk wajah dan imej baru Malik. Malik bagaikan mengotai nazarnya. Alhamdulillah. 

(iii) 
PADA suatu malam, beberapa purnama kemudian, apabila tiada lagi salji dan keadaan cuaca serta suasana kembali seperti biasa, Malik dilihat melekapkan curut di bibir. Curut mahal yang hanya boleh didapati dari luar daerah dipasangnya. Dalam pub yang samar-samar itu, dia sudah lupa pada cebisan-cebisan putih menari lemah dan berirama ditiup angin lembut dan bermandikan cahaya bulan yang putih dan jernih tempoh waktu dulu. Dia sudah lupa pada satu kebenaran dan kebesaran Ilahi yang terfirman pada ayat kedua terakhir Surah Yasin. Lupa pada virus berbahaya yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa. Dia sudah lupa juga pada nazarnya. Dia sudah lupa pada teguran Doktor Aziz yang sentiasa bersarban dan ada tanda lebam di dahinya. Dahi kepunyaan seorang lelaki 55 tahun yang air mukanya berseri dan mencerminkan semacam ketenangan. 

Keinginannya untuk mengetuai Mandala Jaya dalam Daerah Mawar Merah mencuit-cuit galak hatinya. Dia ingin kembali berpolitik seperti dulu-dulu. Reduan yang kini menjawat wakil rakyat Mandala Jaya harus disingkirkan. Dia masih ada sokongan dari akar umbi Mandala Jaya. Dia masih ada banyak wang. Ya, wang adalah kuasa dan pengaruh. Tahukah mereka semuanya boleh dibeli dengan wang? 

Batin Malik berombak-ombak. Kali ini berombak ganas untuk menjadi pemimpin wahid Mandala Jaya. Dia yakin banyak orang sudah lupa kisah lama. Curut yang terpasang mengeluarkan asap bila dihembusnya perlahan-lahan. Asap mengembang dari mulut dan hidungnya. Dari celah-celah kepulan asap itu, dia bagaikan nampak terus di ruang matanya Reduan yang akan disingkirkan nanti. 

Khayalannya terpancung apabila seorang gadis genit dengan pakaian yang menampakkan susunya yang subur dan cerah memanggilnya, “Abang yang tampan dan gagah. Marilah minum bersama saya.” 

Malik menyapu-nyapu dahinya dan kepalanya yang gondol yang semakin terpercik peluh renik yang kasar satu-satu dengan sehelai sapu tangan. Benar-benar dihangatkan keinginan untuk bermalam dengan gadis genit berambut panjang yang dicelup warna perang itu. Kendengaran gelas ramping berlaga-laga. Hanya dua biji gelas di meja di suatu sudut pub. Tapi berbotol-botol yang pastinya menghangatkan keinginannya yang lebih hebat nanti. 

Reduan, aku akan kembali! 

Suatu suara dalam diri Malik memekik-mekik. Bagaikan menenggelamkan suara ketawa nakal gadis genit yang pandangannya sudah berbinar-binar. Gadis itu tidak lagi melihat lelaki yang pendek disebelahnya sebagai lelaki gempal dan bermuka bulat, tetapi sebagai putera muda yang kacak lagi tinggi, datang merangkul dan memapahnya keluar dari pub itu. Menuju ke kereta mewah yang sedang menanti mereka, membelah malam yang semakin larut. 


Biodata Penulis 
PETER Augustine Goh adalah nama pena Iskandar Goh. Beliau dilahirkan di Melaka pada 1953 dan menerima pendidikan di Malaysia dan Singapura. Kini bertugas sebagai penterjemah dalam perkhidmatan awam di Singapura. Bidang penulisannya termasuk cerpen, novel dewasa, novel kanakkanak, puisi, drama TV dan radio serta ulasan sastera. Beliau banyak menghasilkan novel, novel kanakkanak dan antologi cerpen. Antara hadiah sastera yang dimenanginya ialah Hadiah Pena Mas bagi cerpen (1995, 1999) dan puisi 2003. Novel Warna Sebuah Penghijrahan terbitan Pustaka Nasional dicalonkan untuk Hadiah Sastera Singapura Bahagian Melayu pada 2006 dan Hadiah Persuratan Melayu 2007. Beberapa bukunya diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya novel kanak-kanaknya, Tertangkapnya Raja Tupai (1999) dan antologi cerpen, Teruskan Ceritamu Pak Dalang (1999), Hati Yang Terusik (2006) dan Rahsia Sebuah Kasih Sayang (2003). Buku terbarunya yang juga disenaraipendekkan untuk Hadiah Sastera Singapura 2008 adalah antologi puisi, Cetusan Kalbu Seorang Penyair terbitan DBP. 




CERPEN 2 PILIHAN SAIFULFROM SLIM



Cerpen: Durian Tembaga dan... 
Oleh A Rahman CM

2010/07/24

JUNID memandang pokok durian tembaga dalam kebun buah-buahannya itu dengan senyum panjang. Pokok itu sudah sampai lebih separuh abad usianya, tetapi ia kelihatan masih utuh, masih tegap, masih subur, masih mampan. Junid mendongak. Senyumnya menjadi lebar pula apabila dia terpandang akan buah durian tembaga itu yang lebat. 

Lalu Junid menebas semak-semak kecil di keliling pokok durian tembaga itu supaya nanti apabila buah durian tembaga itu gugur, senang memungutnya. Dia fikir tidak lama lagi buah durian tembaganya itu akan matang. Apabila matang ia akan jatuh. Junid tahu tidak lama lagi buah durian tembaganya itu akan masak. Apabila masak ia akan gugur.

Beberapa hari juga Junid menebas semak-semak kecil itu. Sambil menebas, dia memerhati kalau-kalau ada makhluk perosak buah-buahan datang untuk merosakkan buah durian tembaganya itu. Untuk menjaga buah durian tembaganya itu dari dirosakkan, Junid tidak punya belas kasihan terhadap makhluk-makhluk perosak itu.
Monyet muncul, monyet ditembaknya. 

Tupai datang, tupai ditembaknya. 

Kera tiba, kera ditembaknya. 

Lalu terbayang dalam mata khayalnya akan kegiatan hidupnya apabila buah-buah durian tembaga itu matang. Junid akan menunggu siang dan malam di kebun buah-buahannya itu untuk memungut buah yang gugur. Tergambar juga wajah Tuk Ku, ketua kampungnya. Junid nampak senyum kerepot Tuk Ku apabila dia menyerahkan sebiji durian tembaga kepadanya. Suka amat Tuk Ku dapat makan isi durian tembaga. 
Aku hanya makan durian ini dari kebun kamu Junid. 

Terima kasih kerana Tuk Ku sudi. 

Aku yang patut berterima kasih. 

Junid nampak dia senyum. Dia nampak isi durian tembaganya yang kuning seperti tembaga yang baru digilap. Isinya yang sebesar pergelangan lengan itu tebal. Sementara biji di dalamnya sebesar jari kelingking. Baunya harum. Apabila isinya digigit dan menjamah lidah ia terasa lemak-lemak manis. 

Junid bersandar pada dinding bangsal yang sedia dalam kebunnya itu. Dia memandang ke hadapan. Burung-burung berkicau merata. Rama-rama terbang lambat-lambat dari pokok ke pokok senduduk di luar kebun Junid. Tinggi di awan, berlegar-legar helang kepala putih mengintai-ngintai mangsanya di bawah. 

Junid memandang pada puncak durian tembaganya. Di situ sebiji buah durian yang agak besar seperti terlalu kukuh pada dahan. Sementara pada dahan-dahan lain di bawah, buah-buah duriannya bergantungan menunggu matang untuk gugur. Durian-durian yang gugur ketika matang menyenangkan Junid. 

Anak-anak dan cucunya akan pulang dari bandar untuk menikmati durian tembaganya. Selepas anak-anak dan cucu-cucunya puas menikmati isi durian tembagnya itu, baharulah Junid menjualnya kepada mereka yang ingin membelinya. Biasanya, ramai pelanggan datang ke kebunnya untuk membeli buah durian tembaganya itu. 

Kecuali yang datang hendakkan durian tembaganya itu memberi alasan bahawa isterinya mengidam, maka Junid tidak punya alasan. Lalu Junid menghadiahkan kepadanya sebiji. Dia tidak jual. Junid tahu, perempuan yang mengidam bukan sekadar perempuan itu yang inginkan isi durian tembaganya itu, malah anak dalam kandungannya juga inginkan isi durian tembaga itu. 

Lalu Junid, sebagai manusia matang, lelaki yang tergolong dalam usia emas, amat memahami isi hati dan kalbu perempuan yang mengidam. Maka tidak elok baginya meletakkan harga durian tembaganya kepada perempuan yang mengidam. 

Mata Junid kemudian nampak sekujur badan isterinya memasuki kawasan kebun buah-buahannya itu. Di tangan isterinya itu ada mangkuk tingkat. Dia lalu memandang pada langkah isterinya yang juga seusia dengannya. 

“Puas saya tunggu, awak tak balik,” kata Janah isteri Junid. 

Junid senyum. 

“Dah gugur buah tu?”. Tanya Janah sambil memandang pada pokok durian tembaga kesayangan suaminya. 

Junid sadin. 

“Hohhhhh! Saya ingat dah gugur.” 

“Tak apalah. Saya tunggu kalau ada tupai datang.” 

“Tupai keliling kebun awak ni, nampak awak saja dah melompat lari.” 

“Saya bimbangkan kera.” 

“Hammm! Yalah.” 

“Awak bukan tak tahu perangai kera hutan tu. Ia bukan makan sebiji, tapi melurut putik-putik durian tu. Khianatnya yang lebih,” kata Junid. 

“Perangai kera.” 

Mata Junid pada mangkuk tingkat yang dibawa oleh isterinya. 

Janah senyum melihat itu. 

“Baru terasa lapar?” Tanya Janah. 

Junid sengih. 

Janah lalu membuka mangkuk tingkat. Ada mangkuk nasi. Pada mangkuk lain ada gulai kuning garaman ikan tenggiri. Ada pula ulam dan sambal pada mangkuk yang lain. Dua biji mangkuk kosong Janah letakkan sebiji di hadapan suaminya dan sebiji di hadapannya. Janah lalu mengisi nasi ke dalam mangkuk kosong itu. 

Mereka mula menikmati makan tengah hari. Angin kering waktu tengah hari menyaman badan mereka. Ia menyegarkan dalam suasana kehijauan pokok dalam kebun buah-buahan itu. 

Pagi itu setelah selesai solat Subuh Junid sendirian ke dalam kebun buah-buahannya. Dengan senapang di bahu dia mendongak pada pokok durian tembaganya. Hidungnya kemudian terhidu bau. Lalu Junid mencari-cari bau itu. Dia mengelilingi kawasan pokok durian tembaganya itu. Kalbu Junid kegembiraan. Bibirnya segera mengukir senyum. Sebiji durian tembaga terbaring di hadapannya. Junid segera mencapainya. Dia lalu membawa buah durian tembaga itu ke bangsal rehatnya. 

Suasana pagi menyegarkan seluruh makhluk Allah di keliling kawasan kebun buah-buahan Junid. Burung-burung berterbangan, berkicau sambil mencari makan. Tidak terkecuali tupai. Dari kawasan luar kebun Junid, beberapa ekor tupai seperti kegembiraan melompat-lompat arah ke pokok durian tembaga Junid. 

Mata Junid segera menangkap lompatan-lompatan tupai itu. Junid segera mencapai senapang lalu meluru ke arah pokok petai yang menjadi tempat singgah tupai-tupai itu sebelum melompat ke pokok durian tembaga. Junid lalu melepaskan tembakan apabila matanya pada seekor tupai di atas pokok petai. Ia jatuh ke bumi. Beberapa ekor yang lain bercemera melompat-lompat melarikan diri. Ada pula yang menuruni batang petai lalu ke bawah. Tupai itu seperti faham bahawa Junid tidak akan menembak pada paras dada di bawah kerana bimbangkan peluru tersasar kepada orang-orang di luar kebun Junid. 

Sepi buat seketika. 

Junid balik pada bangsal. Dia pandang buah durian tembaga itu. Lama. Dia senyum. Kemudian Junid menoleh pada puncak durian tembaganya. Buah yang sebiji di puncak masih utuh di situ. 

Angin pagi yang lembut menyamankan Junid. Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi durian gugur. Segera Junid ke pokok durian tembaganya. Dia capai durian itu sambil mendongak ke atas. Durian sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Junid membawa buah durian itu ke bangsal. Dia kemudian turun semula mengelilingi kebunnya lalu melepaskan beberapa das tembakan ke udara. Tembakan itu sebagai amaran kepada makhluk Allah yang berniat hendak merosakkan durian tembaganya. 

Junid pulang dengan membawa dua biji durian tembaganya. Durian itu akan dicekah di hadapan isterinya Janah. Dia tidak pernah makan durian tembaga itu sendirian di kebun sebelum Janah isterinya menikmati durian itu. 

“Dah gugur? ” Tanya Janah. 

“Rezeki awak,” kata Junid sambil mencekah buah durian tembaga itu. Terbuka sahaja kulitnya, nampak isi durian tembaga yang kuning serta harum. Junid menghulurkan kepada Janah. 

Dengan senyum Janah mencapai seulas. 

Junid juga mencapai seulas. 

“Saya nak ke kebun lepas ni. Tak balik hari ini,” kata Junid. 

“Saya faham. Tak apa. Saya akan bawa nasi nanti.” 

Junid dan Janah terus menikmati isi durian tembaga itu. Paksa akhir dicekah oleh Junid. Dia nampak isi durian itu seperti berkata, ‘terima kasih kerana sudikan saya.’ 

“Petang nanti awak telefon anak-anak kita tu, “ kata Junid. 

Janah memandang wajah suaminya dengan mata berkaca. 

Pada hari ketiga durian tembaga itu gugur, tengah hari ketika Junid berehat di bangsal dengan beberapa biji durian tembaganya terbaring di atas lantai, muncul Kipli anak sulungnya bersama isteri dan tiga orang anaknya. Diikuti di belakangnya Zaleha dengan suami serta dua orang anaknya. Janah mendukung anak kecil Kipli. 

Junid kesukaan lalu mencekah durian tembaga itu untuk dinikmati oleh anak dan cucunya. 

“Buah di puncak tu besar, abah, kenapa belum gugur?” Tanya Kipli. 

Junid sengih pada wajah Kipli. 

“Patut buah di puncak tu gugur dulu. Dah terlalu besar tu. Tentu dah masak,” kata Kipli lagi. 

Junid memandang wajah Kipli. 

Kemudian kedengaran bunyi durian gugur. Sazali anak sulung Kipli meluru dengan adiknya Amran untuk mendapatkan durian itu. Sazali mendahului Amran. Belum sempat keduanya sampai di bangsal, kedengaran pula durian jatuh. Amran meluru. Dia capai durian itu. Mereka lalu menikmati isi durian tembaga itu. Tergambar rasa suka pada wajah mereka. Tergambar ras riang dan syukur pada wajah mereka. 
Durian gugur lagi. 

Kipli pula yang datang mengambil buah durian itu. 

“Eh! Tak gugur juga yang di puncak tu abah. Apa cerita? “Tanya Kipli sambil mendongak pada buah durian sebiji di puncak yang baginya terlalu besar itu. 
Junid sengih pada wajah anaknya. 

“Li bimbang, ia terlalu masak abah. Nanti kalau gugur melepuk menyek jadi tempoyak masam. Tak boleh dimakan,” kata Kipli. 

“Harap-harap taklah begitu, Li,” kata Junid. 

Durian gugur lagi. Buah-buah yang pada julai di bawah terus jatuh berganti-ganti, tetapi buah sebiji di puncak tidak juga gugur. Hairan juga Junid. Apakah buah sebiji di puncak itu mesti dikait? Tidak ada galah yang mampu mencapainya di puncak pokok itu. 

Keluarga Junid terus menikmati isi durian tembaga itu. Isi-isi yang dicekah seolah-olah berkata, ‘terima kasih kerana anggap kami masih berharga.’ 
Petang itu tinggal Kipli dalam kebun durian itu. Junid ke rumah Tuk Ku membawa sebiji durian untuk dihadiahkan kepada Tuk Ku. Dan ketika buah durian tembaga itu diserahkan kepada Tuk Ku, Junid merenung buah durian tembaganya itu. Dia nampak durian itu seperti berkata, ‘terima kasih kerana anggap saya masih bernilai.’ 

Anak dan cucu-cucu Junid sudah pulang ke rumah mereka di bandar. Tinggal Junid dengan Janah menunggu durian tembaga itu. Waktu siang, Junid sendirian di kebun itu. Tetapi apabila malam, Janah menemaninya tidur di bangsal itu. Dan buah-buah duriannya terus gugur, tetapi buah sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Buah-buah pada dahan lain di bawahnya sudah tinggal hanya beberapa biji sahaja lagi. Tetapi buah sebiji di puncak itu masih juga utuh pada dahannya. Ia seperti tidak mahu gugur. Ketika angin meniup agak kencang banyak durian tembaga Junid gugur, tetapi buah sebiji di puncak itu tidak juga jatuh. 

Junid diterjah rasa hairan. Dia rasa buah di puncak itu sudah terlebih matangnya. 

Junid merasa buah durian tembaganya di puncak itu sudah terlalu masak. 

“Awak tembaklah,” kata Janah beri cadangan. 

“Mana boleh tembak. Pecah durian tu nanti. “ 

“Pakai lastik.” 

“Tak sampai.” 

“Habis, apa ikhtiar awak nak paksa durian tu gugur?” Mata Janah pada wajah suaminya Junid. 

“Mana boleh paksa-paksa. Sejak datuk nenek kita, mana ada kita paksa durian gugur?”. 

“Habis nanti, kalau gugur jadi tempoyak masam, nak buat apa?” 

“Apa daya saya,” kata Junid. Matanya lalu memandang buah durian sebiji di puncak pokok durian tembaganya itu. 

Buah-buah durian tembaga Junid sudah gugur semuanya kecuali yang sebiji pada puncak pokok itu sahaja yang belum gugur. Banyak juga Junid dapat wang hasil jualan buah durian tembaganya itu. Hairan Junid tidak terkira. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menjatuhkan buah durian sebiji di puncak pokok itu. 

Dan Junid, sifat sayangnya pada buah durian itu memaksa dia terus-terusan menunggu, memaksa dia menanti siang dan malam untuk mengambil buah itu apabila gugur. Junid siap dengan senapangnya yang sentiasa sedia dengan peluru di dalam larasnya menunggu buah durian sebiji itu. 

Waktu petang angin kencang. Buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur. 
Junid tetap menunggu. 

Waktu malam angin kuat melanda. Buah sebiji di puncak itu tidak juga jatuh. 
Junid tetap patuh menanti. 

Angin sejuk waktu pagi. Durian sebiji di puncak itu tidak juga gugur. 
Junid tetap setia menunggu. 

Malah ketika angin gemuruh waktu tengah hari, durian itu tidak juga gugur. 
Junid tetap taat menanti. 

Apabila beberapa hari menunggu, buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur, Junid mula merasa puas menunggu. Mula timbul rasa meluat dalam kalbu Junid. Lalu petang itu dia melangkah longlai keluar dari kebunnya dengan niat tidak mahu lagi datang menunggu buah durian sebiji itu. Senapangnya sedia di bahu. Ketika dia sampai di pintu pagar, tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh pada umbi pokok durian tembaganya. Junid segera ke tempat itu. 

Junid sengih melihat buah durian yang berkecai. Bau masamnya menerawang kawasan keliling. Biji-bijinya sebesar kelingking merata. Sementara isinya seperti muntah kucing di atas rumput. Junid menggeleng-gelengkan kepalanya. 

Kenapa kamu baru gugur? 

Tidak ada harganya lagi. 

Aku, jangan nak makan, nak sentuh pun tak larat. 

Bau masam kamu menyesak hidung. 

Kasihan. 

Kalau kamu gugur dulu, aku akan simpan dalam almari kaca, tanda hormat aku pada kamu. Tetapi sekarang, tengok, jangankan tupai, lalat angau pun tidak datang menjenguk kamu. 

Junid menggeleng-gelengkan kepalanya melihat isi durian tembaganya yang ditunggu-tunggu selama ini gugur menjadi tempoyak masam. 

Inilah akibatnya kalau terlalu lama berada di puncak. Walaupun kamu amat tinggi nilainya, tetapi jatuh begini, menjadi tempoyak masam yang tidak punya harga apa-apa. 

Junid terus menggeleng-gelengkan kepalanya. 


INFO: Penulis 
NAMA sebenarnya Abd Rahman Che Mat, mula menulis awal 1960- an dan terbabit dalam penulisan genre cerpen, sajak, drama, skrip TV, skrip filem, rencana serta novel. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1984 lewat puisinya, Sebuah Pinis. Tidak ketinggalan beliau juga pernah memenangi hadiah peraduan menulis skrip drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2003/2004. Cerpennya, Che Soleh Rial yang disiarkan dalam Berita Minggu pada 21 Januari 2007 menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 untuk Kategori Eceran Genre Cerpen. 




CERPEN 3 - PILIHAN SAIFULFROMSLIM


Cerpen: Editor Seorang Tuhan
Oleh Jaya Ramba

2010/10/09

KATA salah seorang rakan penulis yang agak berkuasa, manusia bergelar editor sudah mula menganggap dirinya sebagai Tuhan. Memang mereka mengadili penulis sama ada penulis yang baik mahupun terbaik yang bukan kerabat mereka. Penulis inilah seperti hamba yang meminta. 

Mahkamah sastera pun tidak boleh mengatasi masalah-masalah seumpamanya di negara ini. Pucuk pimpinan yang dikatakan berkuasa juga tidak boleh menyingkirkan mereka. Kalau dia perempuan, dia cukup cantik dan harus dikurung di tempat khusus. Kalau dia lelaki, dia cukup kacak diletakkan pada tabir kerusi boneka. Desas-desus kekuatan editor seorang Tuhan dalam landskap jabatan itu memang ternyata utuh. Buktinya, manis mulutnya berkata di dada majalah agung itu. Maka, penulis seperti aku memang sukar untuk diberi ruang khas. Siapa penulis seperti aku? Penulis seperti aku tidak perlu diagungkan kerana aku penulis bangsa yang tidak dikenali. Akulah penulis yang sengaja dipinggirkan.
“Sekalipun kita sudah 1Malaysia, itu bukan jaminan.” Itu kata penulis yang bernama Sampah. Aku tahu suatu ketika dulu dia memang banyak menulis dan tulisannya hampir setiap bulan die-melkan kepada seorang editor. Setahun sekali karyanya terbit tetapi kini, Sampah juga seperti aku. Kami tidak diberi ruang sama rata seperti penulis lain. Kami dijahanamkan oleh seseorang editor yang tidak mengerti hak sama rata warga penulis. Beberapa orang rakan penulis dari negeri sabahat juga menerima nasib serupa. Kami diadili tanpa mengira bahasa dan bangsa. Rumpun kami mahu dihapuskan. Inilah sebuah sistem dalam dunia sastera yang tidak ada siapa akan ambil tahu.
Pernah aku mendiamkan diri di satu sudut yang indah. Aku cuba tidak mahu menulis. Melihat masyarakatku bertani. Belajar menoreh. Menarik rotan. Menjadi nelayan. Menjadi pemburu. Aku juga menikmati hidup dengan kerja ilmiah lain. Ketika itu aku merindui dunia penulisan kembali sehingga aku mahu menulis lagi. Memerdekakan diri bukan bermakna aku ingin menjadi penulis yang kaya raya seperti penulis agung. Ingin juga aku menjadi seorang Tuhan seperti dia, tetapi aku tidak mampu. Aku rasakan diriku hanya mampu menjadi seorang pengikut Tuhan Yang Maha Kuasa yang terbaik di dunia ini. 

Apabila aku kembali menulis lagi, karya-karya kususul ke beberapa buah majalah dan media akhbar tanah air. Besar harapan agar karya itu terbit. Aku memang terlalu cemburu dengan karya penulis lain yang diterbitkan. Apa lagi karya itu agak teruk juga persembahannya. Kisahnya sama dengan kisah karya itu dan ini. Sama saja! Masakan aku tidak boleh menilai kerana aku juga seorang penulis yang memiliki sarjana. Karya aku lebih baik kerana aku menulis tentang kisah yang berlainan di negara ini. Cuma aku tidak diberi ruang oleh seorang editor yang memilih kerabatnya. Aku tahu editor itu dari Utusan Berangkai. Aku juga tahu editor itu dari Majalah Dewan Kaya Raya. Aku tahu editor itu hanya memilih orang-orang yang sama. Orang-orang itulah konco-konconya. Karya-karya mereka tiga empat kali terbit di dada majalah dan akhbar yang sama. Bagaimana ada ruang karya aku diterbitkan? 

“Kalau politik kian kotor, kerja editor pun seperti itu!” Itu sungutan seorang sahabat. Aku hanya terpinga-pinga kerana tidak mampu bersuara. Hilang daya kuasa untuk menulis. Ukuran bagaimana lagi yang harus aku lakukan jika keadaan terus begini. Akulah seorang penulis yang dibiarkan oleh editor seorang Tuhan. 
Aku masih menjejak kembali kata-kata seorang editor yang pernah menabur janji manis. Janji-janji manis itu lebur menjadi kata-kata keji dan marah. “Tolong nasihatkan rakan kau ini.” Itu peringatan dia melalui rakan penulis aku. Dalam masa yang sama aku susulkan e-mel kepadanya dengan peringatan agar menepati janji. Atau sekurang-kurangnya beri ruang sepatah perkataan untuk karyaku diterbitkan. Alangkah bongkaknya dia, menaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Inilah detik-detik tamatnya hubungan manis kami. Juga, telah lebur harapanku. Aku kembali mengingati doaku kepada Tuhan yang pada suatu ketika dulu aku mengharapkan dia sihat dan sembuh daripada penyakitnya. Syukur dia benar-benar sihat, tetapi itulah balasannya. Kini, dia menganggap aku penulis yang tidak patut diberi ruang kerana aku tidak patut maju seperti penulis pujaannya. Aku bukan bangsanya dan aku tidak patut dimajukan. 
Sesudah detik itu, aku paling benci kepadanya. Aku memang tidak berniat menghantar karya kepada majalahnya. Aku juga tidak mahu menghantar karya ke Utusan Berangkai kerana editor jenis muka bertalam dua akan memilih karya dari rakan-rakan mereka. Malah mahkamah sastera sudah kelompok mereka genggam. Semua penulis tahu yang mereka hanya memilih karya rakan mereka sahaja. Mereka ini diberi ruang dengan menutup ruangan penulis lain. Oleh kerana itulah sikap tidak sihat mereka sudah diketahui orang ramai. Biarlah orang ramai yang menjadi hakim kepada kelompok mereka ini. 

Isu buku etnik kebangsaan menjadi isu besar. Pemimpin sering memilih karya bangsa kerabatnya. Bicara mereka berlegar besar agar karya etnik diberi ruang. Agar semua masyarakat berdiri sama tinggi. Agar karya dari negeri bumi kami dan negeri di bawah angin juga diberi perhatian. Namun, karya-karya etnik juga tidak diberi ruang. Mereka inilah yang menenggelamkan karya kami. Mereka ini masih menerbitkan karya-karya kerabat mereka. 

“Shit!” Herdik Sampah di depan aku. Karyanya juga sudah tidak dilayan lagi walaupun hampir setiap bulan dia menghantarnya kepada editor berkenaan. Pada hari ini, sudah tidak ada pertimbangan lagi dalam dunia sastera. Betul kata beberapa orang penulis bahawa editor sudah macam Tuhan yang perlu disembah. Editor ada kalanya terlalu menutup ruang penulis lemah. Penulis seperti aku, apa lagi kerana jauh di pulau yang lain. Malah atas perkara-perkara yang lain. Memang langsung tidak boleh dipertimbangkan apabila aku menjadi penulis kelompok aku. 

Aku damai dengan dunia yang lain. Aku berjuang dengan pekerjaan tetap, namun mengharapkan ada editor lain menawarkan ruang untuk berkarya. Kerunsingan hilang apabila aku terlibat dengan aktiviti itu dan aktiviti ini. Aku berlagak seperti penyanyi. Aku seperti seorang pemain bola sepak. Aku juga berlagak seperti seorang pengarah filem. Dengan itu, aku berusaha membesarkan peluang diri di bawah himpitan. Aku dapat juga makan empat bungkus nasi dengan kerja yang aku lakukan seharian. Dapat juga aku membuka ruang kepada rakan yang senasib denganku. Ketika itu aku terus beringat untuk tidak menjadi Tuhan seperti editor itu. 

Aku tetap membaca majalah Dewan Kaya Raya. Karya-karya orang yang sama masih memenuhi ruang majalah itu. Aku juga membaca karya-karya Utusan Berangkai. Terbukti karya-karya rakan dan kerabatnya sahaja yang terbit. Aku langsung tidak melihat karya bangsaku di situ. Aku tidak melihat karya-karya bangsa lain di situ, tetapi hanya karya-karya dari kelompok kerabatnya. Editor jenis itu memang paling teruk. Seorang editor yang tiada pembaharuan, apa lagi mahu memperkenalkan penulis baru. Penulis lama yang bukan kerabatnya, langsung tidak diterima mereka. Patutlah hanya kerabatnya mengisi tempat kemenangan anugerah sastera tanah air saban tahun. 

“Dasar editor tidak guna!” rungut seorang penulis yang bernama pena, Kutu kepadaku. 

“Awak sembah dia! Awak puji dia!” kataku kepada Kutu sambil ketawa, tetapi di dalam hati bukan lagi kepalang geramnya. Apa tidaknya, editor jenis itu menutup ruang demokrasi buat satu bangsa negara ini. Mereka itulah tidak seharusnya mengisi kerusi editor kerana tabiat mengampu antara mereka. Mereka itu berlagak sombong! Ada kalanya bersifat mereka kurang komunikasi peramah dengan penulis seperti kita. Mereka dilahirkan di bandar-bandar yang kurang ajar. Pelajaran yang mereka terima tidak cukup untuk mereka menjadi manusia yang peramah. 

Mereka membuat peraturan sendiri. Mereka inilah memegang tabiat talam dua muka. Mereka menyembah penulis besar dan kerabat mereka sendiri. Jadi, kita kena menyembah pula mereka agar karya kita diterima. Menurut Kutu, editor jantan lebih peramah, tetapi perlu dirayu. Sedangkan editor betina, bermulut manis tetapi hati mereka lain-lain. Bongkak dan sombong kalau dihubungi tentang bila karya kita hendak diterbitkan. Malah kita harus menjaga tutur percakapan kita. 

Sebelum Kutu memberitahu, aku sudah tahu kerana aku sudah mengharungi saat genting itu. Aku tahu editor betina itu tidak pernah respon e-mel yang aku susulkan. Agaknya, dia tetap mengutamakan kelompoknya. Susahkah beri respon yang dia telah terima e-mel dan karya kita? Susahkah dia menghubungi melalui telefon yang dia sudah terima karya berkenaan dan tidak dapat diterbitkan kerana tidak sesuai? Susahkan dia beritahu karya kita itu sampah? Memang itulah penyakit editor seorang Tuhan. Susahkah dia beritahu karya itu tidak matang seperti yang diinginkan? 

Editor itu memang mengutamakan kelompok kerabatnya. Editor itu memang telah merancang agar semua anugerah dikaut oleh kerabatnya sahaja. Anugerah yang berharga sesen pun mereka kaut, apa lagi anugerah yang besar. 

Aku dapat merasakan keraguan warga penulis yang terpinggir seperti aku. Mereka tidak berdoa seperti dulu. Mereka sudah mula tidak mengharapkan apa-apa harapan daripada editor itu. Cuma, mereka berharap editor jenis itu ditukar. Editor itu dijangka menjadi kudis kepada kemajuan sastera kita. Jutaan terima kasih buat akhbar Berita Gempar kerana sentiasa memberi peluang kepada karya kami yang diterbitkan. Aku melihat kebanyakan karya penulis terpinggir diterbitkan di dada Berita Tergempar. 

Namun, aku masih ingatkan editor seorang Tuhan agar beri peluang karya kami diterbitkan. Karya dia pun sama tahapnya dengan karyaku. Aku menilai begitu kerana aku membaca semua karya yang terbit di majalah itu tidaklah seagung mana pun. Karya aku dan rakan-rakan juga setanding dengan karya mereka itu. Mungkin kerana masalah editor itu berpenyakit kronik mungkin? Atau berpenyakit tidak suka? Atau memang menutup karya penulis dari pulau yang jauh seperti kami? Itulah satu kemungkinan yang berlaku. 

Namun, editor itu masih lagi tidak memandang penulis seperti aku. Tetap juga memilih kerabatnya. Tetap meminta karya-karya daripada kelompok dia sahaja. Malah menutup langsung pintu untuk karya aku diterbitkan. 

“Dia Tuhan! Dia editor yang kerabatnya sembah,” itu kata Sampah kepadaku dan Kutu. 

Biodata Penulis: 

JAYA Ramba, penulis Iban yang dilahirkan di Tinjar Baram, juga menggunakan nama Jay R Miri untuk genre puisi. Pemegang Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran (Kepujian), kini berkhidmat di Jabatan Kewangan, Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak, Miri. Antologi puisinya Wajah Kita Bandar Kita (2003), Kota Gemilang Warisan Kita (2004), Pelagus (2004), Getus Fikir (2004), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2005). Antologi cerpennya ialah Karya Sasterawan (2005), Seikhlas Bicara, Pelagus, Kepanasan Seketul Salji Hitam (2006) dan Memori Sebuah Rindu (200), Sea of Rainbow-cerpen Ngayap(2009). Sudah menghasilkan ebih 10 novel dan antaranya Senja Cinta Warisan (2003), Dendam Asmara (2004), Sempadan Dendam (2003), Bara Yang Menyala (2009), Indu Iban Ti Penudi (2010). Memenangi Hadiah Pertama Pertandingan Cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak (Pahat Masih Berbunyi), Hadiah Ketiga Pertandingan Novel DBP-SHELL (Bara Yang Menyala) dan Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2004, 2005, 2006 dan 2007. Hadiah Pertama Pertandingan Cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak, Pertandingan Novel DBP-SHELL (Bara Yang Menyala) dan Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2004, 2005, 2006 dan 2007. Menang Tempat Kedua Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum Malaysia 2005. Menang Hadiah Utama Menulis Cerita Legenda Miri 2006. Pernah menyertai Bengkel Penulisan Novel (MASTERA-Majlis Sastera Asia Tenggara) di Bogor, Jakarta, Indonesia (Ogos, 2006). Menyertai Bengkel Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan, di Kalimantan Barat, 2004. Kini Setiausaha 1, Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA). Karyanya pernah terbit di Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Jendela Sarawak dan Harian Equator-Kalimantan Indonesia. Juga sudah menerbitkan album pertama. Sekarang menyiapkan album kedua dalam bidang nyanyian. Bakal mengarah filem sendiri. 





CERPEN 4 PILIHAN SAIFULFROMSLIM


Cerpen: Segenggam Tanah Setitis Darah
Oleh WB Rendra
wbrendra.blogspot.com
2010/08/21

"CICIT-CICITKU mahu mendengar kelangsungannya?" Buyut menghulurkan piring berisi nagasari. Disambut seorang cicit perempuan dan diletakkan di sisi juadah berbuka puasa. Buyut duduk perlahan-lahan. 

“Ya, Buyut. Ini kesinambungan tempoh hari? Bagaimana nasib segenap penghuni Desa?” Dedaun tanya seorang cicit lelaki jatuh lembut di deria dengar Buyut. Membetulkan duduk punggung dan tumpuan mata. Busur panah cicit-cicitnya tertancap di bibir Buyut yang rekah seribu rahsia, menyampai kisah dan cerita bukan sia-sia.

“Oh, cicit masih mengingati ya? Kita mesti mengambil erti dari jalan cerita ini. Buyut ada rentetannya. Seusai kisah ini, hantarkan sepiring kuih ke rumah sebelah.” Buyut mengerling ke dalam kolam makna mata cicitnya yang masih setia mendengar kisah-kisah epik yang diamati Buyut. Buyut khuatir masa hadapan mereka – cicit-cicitnya. “Cicit dengar ini, 'Segenggam Tanah Setitis Darah'.”
1 

BAPA mula resah memerhatikan kepul-kepul asap hitam. Bapa melihatnya jauh. Tebal. Mengapung lambat. Dalam fikiran anak yang mengiringi bapa tertanya-tanya asap apakah itu? Seperti asap dari getah yang terbakar. Bergumpal, berkumpul, naik ke udara – putih awan bertukar kelabu dan hitam. Langit yang biru, hitam. 

“Sekali dipandang persis cendawan gergasi,” runsing anak memandang bapa. 

“Jika melihat dari arahnya, asap itu dari kawasan tasik.” Bapa mengecilkan sedikit kelopak mata. Cahaya menjelang petang membiaskan silau di celah pohon-pohon besar. 
“Tasik yang dihuni naga itukah, ayah?” Anak memohon kepastian daripada bapa. Anak berusia lingkungan belasan tahun itu bimbang – apa yang terjadi? 

“Ya.” 

“Jika begitu, apakah mungkin kawasan Desa yang terbakar?” 

“Mungkin, anakku.” Bapa menggeleng. Kelat durjanya lapisan bimbang. 

“Bagaimana boleh terbakar, ayah? Apakah naga-naga yang menghuni tasik mula ....” 

“Benar, naga-naga itu mula bangun dari habitatnya. Mengeluarkan api, membalun dengan ekor dan segala yang disembunyikan. Naga mula menyalakan nyali.” 

“Api! Api!! Api!!!” Suara-suara marhaen dan jelata mula bergabung menjadi guruh yang kuat. Tetapi, naga-naga di dalam tasik menggunakan kelebihan dan kekuatan yang dimiliki. Penduduk Desa yang dahulunya begitu memanjakan naga mulai tersentak dan terkejut. Naga seakan meronta. Asap kelabu nipis keluar dari mulut naga. Api menjilat Desa. Rintik-rintik hujan di atas permukaan tasik tidak mampu lagi menerbitkan panorama tenang. 

Kain panjang yang mengerdip kerlip bersilang di leher naga menjadikan penduduk serba rencam tanda tanya. Kain satin apakah itu? Atau kain berenda? Atau kelihatannya seperti sari? Mengapa naga itu bersilangkan sari di lehernya? Pundak semua penghuni Desa dibebani bungkah-bungkah tanya yang berat. Penghuni Desa terbongkok-bongkok dibebani angkuh sikap dan sifat. Mereka tertanya-tanya. Mengapa begini? 

Gabungan suara seakan tidak lagi mampu menewaskan naga. Mengapa? Beberapa orang marhaen yang dahulunya ketawa menafikan kewujudan naga dan memperkecilkan tentang betapa utamanya penghuni Desa - jelata, marhaen, pengiring, pengikut, hulubalang, pemikir dan pendeta - perlu bersatu semula mula mengalirkan air mata darah. Berjurai-jurai. Deras. Terus menitis masuk ke dalam tasik. Naga-naga seraya mendapat tenaga dengan darah-darah air mata penduduk Desa. Naga-naga seperti menghamburkan ketawa melihat penduduk Desa menangis dengan air mata darah. Inilah peluangnya. Sesekali perlakuan naga persis manusia, berperasaan. Mencuri kesempatan dan merentap peluang. Aneh. 

Dalam celah-celah belantara berhampiran tasik; ketika naga-naga mengeluarkan api menghembuskan asap, menghayunkan ekor tajam untuk membalun, tidak semena-mena melintas seekor singa yang seakan tersenyum-sengih kepada naga yang sedang membakar itu. Singa itu seakan-akan jinak, liar atau berbaur – ia sebenarnya berpura-pura. Singa itu barangkali sahabat kepada naga. Singa itu berpura-pura. Fikir seorang pendeta yang sempat memerhatikan tingkah singa itu, berulang kali. “Celaka!” Sentap pendeta. Cuma dengan kata-kata. Sebelum menggeleng ralat. Kesal. Kecewa. Kesah. Meratapi kemusnahan. 

Dalam kekalutan yang menghambat, Paduka Raja mengumpulkan penghuni dan penduduk Desa. Juga beberapa orang kanan, hulubalang dan pengiring. Di sebalik rimba kecil yang di kelilingi pohon-pohon sederhana besar. Jauh sedikit dari tasik. 

“Apakah ini mimpi?” Mendongak sambil melihat langit biru kian bertukar merah. 

“Tidak Paduka Raja. Sesungguhnya kita sudah terlambat.” Singkap seorang pemikir yang telah lama menjangka situasi itu akan berlaku. Tetapi seringnya, kata-kata nasihat si pemikir itu tidak diambil dengar. 

“Inilah kenyataan yang memang didamba sebahagian penghuni Desa.” Seorang pengiring memuntahkan kata-kata yang lama terpendam. Melihatkan tingkah laku saudara-maranya yang lebih suka mengadu domba – tentu, kehancuran ini yang didamba. 

“Inilah timbal balas sifar sifat syukur yang dicipta. Inilah hasil yang dicari seusai tidak pernah mengirim rama-rama terima kasih, lantaran mencungkil-tuding silap saudara.” Seorang nenek tua melutut, memerhatikan kemusnahan yang terjadi dari celah-celah semak-samun sembunyi. Lantaran apakah lagi yang boleh diharapkan daripada sebuah kehancuran? Api marak mengunyah atap-atap rumbia. Rumah limas yang kukuh sebelum ini, rebah menjadi arang, bara dan debu. 

“Apakah mereka alpa? Mencari kesalahan sahaja? Lantas mencalitkan sedikit luka, menanarkan seluruh lumpur ke tubuh penggawa.” Sedu-sedan menyebabkan bahunya terhinggut-hinggut. Tersengguk-sengguk menahan sebal. Pengiring membisikkan suaranya. 

“Sudah begitu, marhaen tidak gemar bersatu. Leka. Yang muda gemarnya bernyanyi-tari di peterana libur. Yang berusia menuding silap dan bersetuju tanpa usul periksa.” Suara-suara berpusu seoalah-olah mula membariskan kenyataan yang menyebabkan naga-naga itu bangun muncul membakar Desa yang lewa; santai alpa. Naga mencuri peluang. 

“Tidak hulubalang! Mulutmu usah terlalu pantas bicara begitu.” Paduka Raja menggenggam amarah. Bersilang tangan kanan-kirinya di belakang pinggang. 

“Mengapa Paduka Raja sukar menerima. Ini kenyataan. Bagaimana harapan kita?” Seorang pengikut bangun dari tempat duduk, menganjak ke hadapan Paduka Raja. 

“Lihat itu. Marhaen dan jelata di Desa kita. Ya Allah, berlari sedang tubuhnya terbakar. Apakah memang sejak dahulu kita seringnya 'berlari'? Tidak! Tidak!” Mengacungkan tangan kanannya ke arah penghuni Desa dikenal pasti berkhidmat di menara Paduka Raja namun sering menyebarkan hikayat cerita samar. 

“Naga-naga ini memang tidak sedar untung. Sudah diberi makan dan habitat semasa kecil, sekarang sudah dewasa dan sebesar gunung, kita dibakar api dan dibalun ekornya.” 

“Nagakah yang tidak sedar untung atau manusia yang tidak sedar syukur?” Suara garau seorang lagi marhaen kedengaran. Antara celah-celah rimba mereka memerhatikan Desa sekelip mata musnah. Segala retorik frasa dan polemik kosa-kota hanya tinggal sejarah. 

“Bukankah, telah ada insan yang lebih berusia itu tempoh hari menasihatkan. Kita tidak mendengar.” Seorang pemegang tombak mengingatkan apakala kesedihan mula menggunung. Penyesalan hilang. Tiada makna. Tindakan menjadi tumpul oleh kata-kata. 

“Kita dapatkan Cahaya Purnama. Kitakah yang akan ke sana. Atau wakil Cahaya Purnama yang akan menemui kita?” Pandangan seorang jelata yang masih tetap setia memegang kepada akar seluhur wangsa dan sesuci agama. 

“Yang pentingnya adalah kesedaran bersama, Paduka Raja.” 

“Demi Desa!” 

“Keris Pekaka! Keris Pekaka!” Jerit seorang pengiring Paduka Raja berlari membawa Keris Pekaka diambil semula dari Rumah Pameran. Pernah dihebah, magis kebenarannya apakala Keris Pekaka dan Cahaya Purnama ditemukan dapat menewaskan naga-naga itu. 

“Pengiring, ayuh kita perlu cepat.” 

“Apakah naga-naga itu akan penat?” 

“Lengkara! Mustahil!” 

“Malah naga itu akan bertambah kuat. Tidakkah naga-naga itu berada di dalam satu tasik? Naga berapi, naga jadian, naga balun, segala bagai naga.” 
“Jika dapat ditemu-jodohkan Cahaya Purnama dan Keris Pekaka, alangkah ...” seorang marhaen mengorak langkah. Sesekali beberapa orang marhaen terbatuk-batuk kecil oleh debu yang berterbangan. Asap memedihkan mata kanak-kanak, mengekang penglihatan orang tua. 

“Seharusnya kita mengambil iktibar. Sekeliling tasik yang sudah terbakar oleh naga berapi itu – kita cermin sikap kita,” hulubalang Paduka Raja mencelah. 
“Lihat, naga-naga itu pun mulai mendapat resa. Kembali ke dalam tasik. Kerana hanya nawaitu gabungan antara Keris Pekaka dan Cahaya Purnama.” Naga mulai diam, menyusup ke dasar tasik. Senyap. Keanehan mula mengepung Desa di tepian tasik. 

“Lantaran itu membawa kepada kesatuan yang berterusan. Bermula di sini. Kesatuan yang mengukuh-jaminkan kebahagiaan hidup Desa dan isinya.” Tambah pendeta. 

“Melaksanakan tidak semudah bicara, pendeta.” Fikir Paduka Raja. 
“Kita belajar daripada kehancuran, Paduka Raja.” Tenang pendeta, melihat sinar bersatu melorongi jalan utama Desa.

2 

“Bukankah ini ketika terbaik untuk mereka berbaik-baik?” Anak yang memerhati asap dan mendengar kata-kata bapanya, spontan mengeluarkan tutur. 
“Benar. Ayah juga berharap mereka penduduk dan penghuni Desa mengambil iktibar ini.” Bara-bara api di dahan dan kayu dengan debu dan asap bertindan terbang dari jauh tasik menghampiri anak dan bapa. Anak mengipas dengan tangan menepis asap dan debu. 

“Kita doakan moga mereka belajar daripada sejarah. Ayah percaya jika mereka berpecah-telagah, Desa di tepi tasik itu akan terbakar terus menerus – yang tinggal hanyalah debu dan nama. Sejarah tiada maknanya lagi.” 

“Benar, ayah.” Anak mula belajar memahami apa yang ingin dikongsi oleh bapa. 
“Kita mesti belajar daripada apa yang terjadi kepada Desa yang berhampiran dengan tasik itu. Kemusnahan itu sukar untuk disembuhkan. Khuatir tidak akan ada jalan menyembuhkannya.” 

“Genggamlah tanah ini, kejap. Erat, seerat-eratnya.” Bapa tunduk mengepal tanah yang berpasir keras kerikil dengan tangannya. 

“Ayah, darah menitis dari genggaman tangan ayah!” 

“Ayah cinta akan tanah ini … kau jagalah tanah ini seperti kami – ayah dan nendamu menjaganya dahulu. Usah lupa, seperti yang terjadi pada Desa sebelah tasik itu.” 

Kirmizi menjelma tanda waktu berbuka puasa tiba. Tidak jauh dari tangga, seorang anak jiran menghulurkan sepiring kuih untuk berbuka. Kedengaran suara kanak-kanak memberi salam. “Pak cik, Buyut kirim sepiring nagasari juadah untuk berbuka.” 

Biodata Penulis: 
WAHYU Budiwa Rendra lahir di Johor Bahru pada 15 Syawal 1399 Hijrah. Berkelulusan Bacelor Pentadbiran Perniagaan UPM. Berkarya sejak 2002, selepas mengikuti Bengkel Kelab Penulis Zaharah Nawawi. Mazhab Cinta (DBP, 2008) meraih Hadiah Kumpulan Cerpen Remaja Hadiah Sastera Darul Takzim 2009. Penerima Anugerah Penulis Muda Johor oleh Persatuan Penulis Johor (PPJ) pada 2007, kini bertugas di YWJ Citra Holdings Sdn Bhd. Buku Warkah Alam (Ameen Books, 2010) menghimpunkan cerita motivasi karya bersama-sama Mohd Fadzli Abu Bakar. Blognya boleh dilayari di wbrendra.blogspot.com 

OLEH SAIFUL ANUAR SAFIAN

22 November 2011

Sebelum cuti penggal....2011...sambung lg,

Sebelum cuti, baru-baru ini macam-macam kerja akhir tahun dalam penyediaan program panitia, perbelanjaan dan pengemasan rekod, stok terpaksa dibuat...Sampai dah cuti ni ada 2 lagi dokumentasi yang belum diserah pada pentadbir. Program yg telah dibuat tp laporan belum disediakan...sampai le ke hari ini...

Hari khamis dan jumaat sebelum cuti baru2 ni, rekod kehadiran pelajar tertinggi untuk sesi persekolahan 2011 tercatat. Nak tahu kenapa? Apa lagi kalau bukan kerana pemberian wang bantuan buku 2012 bernilai RM100 diberi kepada penjaga murid. Siap ada kawalan polis lagi di kawasdan sekolah...Ini baru betul-betul dikatakan sekolah selamat. Ibu bapa dan penjaga hadir pada kadaran yang sungguh membanggakan mengalah mana-mana program sepeti sukan tahunan, mesyuarat agong PIBG, hari anugerah cemerlang dan lain-lain program. Kalau tak silap ada satu lagi program yg dapat sambutan yang berlaku pada tahun ini iaitu penyerahan Note Book 1 Malaysia yg jg berlaku tak lama dulu dan aku lupa tarrikhnya.

Musim menjelang peperiksaan di sekolah-sekolah penuh dengan program peningkatan dan penghayatan rohani seperti program bacaan yassin dan solat hajat. Zaman aku sekolah dulu mana ada program macam ini. Tapi sekarang macam dah jadi wajib pulak kerana ianya dibawah pemantauan pihak PPD dan juga Jabatan Pelajaran Negeri. Bagus le program bercorak ini...tp pelajar harus mengutamakan usaha dan ketekunan diri.

Tiba-tiba ada pengumuman percubaan untuk 4 negeri untuk membuat perubahan pada   waktu persekolahan menjadi sembilan jam. Menjelang seminggu 2, menteri pelajaran menarik balik pelaksanaan berkaitan kerana kononnya menimbul kesalahfahaman dikalangan guru-guru dan masyarakat. Aku pun hairan mengapa perkara ini dibatalkan sebab aku rasa rungutan guru-guru pada perkara ini tidak lah begitu lantang sangat malah ada yang suka kerana selepas ni tak ada lagi kerja hujung minggu dan kelas tambahan waktu malam. Yang penting hujung minggu confirm free abis.

Aku dengar di negeri Perak ni semua wang  RM 100 mesti diberi sebelum hari Jumaat. Rasanya semua telah dilalaksanakan dengan baik tapi terkejut jg kerana pelajar dari MRSM tidak terlibat dengan pemberian berkenaan. Bukan apa aku persoalkan, kerana sebahagian besar pelajar MRSM terdiri daripada ibu-bapa yang berpendapat rendah. Betul juga lah ada juga terdiri daripada anak-anak vip dan orang kaya menghuni sekolah ni....tak dinafikan tapi hakikatnya sebahagian besar adalah anak-anak luar bandar. Apa dah jadi ni. MRSM dikira macam pelajar sekolah swasta ke? Aku pun pening...tak faham rumusan yang dibuat pada perlaksanaan bantuan ini.

Ade banyak lagi cerita aku...ni tapi akan aku sambung dalan, 2,3 lagi...ok
Salam, cuti baru masuk hari ketiga....nak berjalan dah pun tapi tak jauhlah sangat. Tadi baru hantar belanjawan tahunan dan  perancangan kuantiti soalan minima untuk tahun depan. aku nak cerita sikit tentang aktiviti wajib ketika cuti-cuti ini... Ada satu lagi tentang program yg akan sentiasa on iaitu facebook. Rata-rata yg aku nampak golongan remaja akan catat tentang cerita cinta mereka untuk ditatap oleh friends mereka...tak kira le remaja yg biasa, berpelajaran dan yang dah bekerja...masing-masing megah dengan hubungan mereka...ada yg putus, ada yg merajuk, ada yang marah dan berdendam dan lepas tu mula copy n paste ayat-ayat al quran untuk menunjukkan mereka ni dipihak yang benar...tapi paling hodoh ialah memaparkan kisah ini di paparan facebook...waKAKA lah orang yang membacanya gelihati akan ketidakmatangan golongan remaja-remaja ni...walau pun konon duduk di menara gading...hihihi. Ada pada ruang info...sentiasa menyatakan tak minat politik atas alasan merugikan masa dan memeningkan kepala. Betul ke tak minat politik? atau sememangnya tak tahu langsung cara nak menulis menggunakan fakta dan pengetahuan atau juga sememang nya lembab dalam pengetahuan semasa/current affairs. Bagi remaja-remaja malaysia suka sangat mengutuk remaja indonesia jiran kita kononnya bersifat liar dan agresif...tapi kalau direnung betul-betul mereka ni lebih bijak dan talented dalam memberi hujah khusus pada persoalan agama, sosial, politik dan juga sosial remaja. Mereka ni lebih overall updated kalau dibanding dengan remaja kita. Mereka lebih komited pada negara mereka dan patuh pada agenda negara hingga sanggup bertikam lidah dengan orang malaysia dalam foram-foram laman sosial dengan jelas mengeluarkan fakta-fakta yang begitu mengkagumkan walau pun mereka juga adalah golongan remaja. Mereka begitu menyanjungi 'pancasila' mereka dan kita pulak rukunegara hanya akan jadi laungan ketika program-program rasmi diadakan dan bukan jadi nadi panduan hidup seperti mereka....betul atau salah kata-kata aku ni entahlah....tapi bagi aku ini hak kita untuk bersuara pada apa yang kita rasa....jumpa lagi pada catatan sambungan berikutnya....wasallam

Budak-budak lepak kat pekan pada cuti-cuti ni memang meriah. Budak kecik, budak remaja, lelaki dan perempuan penuh merata disemua ceruk pekan dan bandar khususnya ketika cuti ni. Yang lelaki berpakaian rugged abis tapi yang menariknya ialah fesyen rambut mereka. Macam-macam style mereka adunkan rambut mereka mengalahkan style artist di Msia ni. Seluar mereka juga pergh...mengungguli fesyen yang kadangkala kita tak tahu betul ke fesyen atau saja nak ikut trend sehingga main hentam cincai saja memakainya. Pelbagai cara punya renovation dibuat hingga mengalah fesyen designer terkenal mereka corakkan seluar mereka. Tapi satu golongan remaja luar bandar macam pekan Slim ni tak kisah pasal branded item...yg penting mereka nampak funky, rugged atau bak kata lain mesti lain dari trend biasa. Pasal matching colour tak usah cakap..memang mereka tak ambil kisah...Remaja perempuan pun sama tp tak le seteruk remaja lelaki. Yang penting mereka pakai seluar ketat dan faded-faded sikit. Mereka ni lebih dengan mekap pelbagai corak yang mereka cat kat muka mereka. Sekarang cuti boleh buat ape aje kerana ini bukan sekolah tapi musim cuti dipekan mereka..bebas. Bau memang le semerbak tapi langsung tak menyedapkan aroma hidung kita bila melintasi mereka...ape tidaknya ada yg pakai attar rm3 dan juga minyak ikan duyung sebagai pewangi...kadang-kadang jadi lucu kita tengok gelagat remaja di masa cuti sekolah ni. Remaja lelaki trendy memang lah bagai nak rak tapi bila kita lalu aje kat dia...mak oii...bau fuhh boleh tahan...maklumlah dari awal pagi ke petang ronda kat pekan tak balik-balik...pening kepala dibuatnya....ok setakat ni dulu....sambung lagi



04 November 2011

Eid Al-adha 10th Zulhijjah 1432Hijrah (6th November 2011)



Eid al-Adha, also known as the 'Festival of Sacrifice', commemorates Abraham's (Ibrahim's) willingness to sacrifice his son Ishmael (Isma'il) to God, before the God intervenes and gives him a ram to sacrifice.

This year Eid al-Adha begins at sunset on Sunday, 6 November 2011, and ends at sunset on Monday, 7 November 2011.

Celebrated annually on the 10th day of the 12th and the lst Islamic month of Dhu al-Hijjah, the celebrations start after the Hajj descends from the Mount Arafat. The date is approximately 70 days (2 Months & 10 days) after the end of the month of Ramadan, i.e. Eid-ul-Fitr. Ritual observance of the holiday lasts until sunset of the 13th day of Dhu al-Hijjah.
Muslims celebrate by slaughtering an animal such as a sheep, camel or goat as it is believed that Allah has given us power over animals and allowed us to eat meat, but only if we pronounce His name at the solemn act of taking life.

The meat from the sacrifice is mostly given away. One-third is eaten by the immediate family and relatives, one-third is given away to friends and one-third is donated to the poor.

This act symbolizes their willingness to give up things that are close to their hearts or benefit them, in order to follow Allah's commands. It also symbolizes their willingness to sacrifice in order to strengthen ties of friendship and help those who are in need.

01 November 2011

2011...THIS ONLY HAPPENS EVERY 823 YEARS

This year we will have four date occasionally seldom happen in a year that is 01/01/11, 11/01/11, 01/11/11and 11/11/11 ... Till then please do try taking the last two numbers in the year we been were born and add up with our age for this year .. the result is 111 for all the peoples ... this is a year of wealthy.
In October there have been five times of Sunday, five times of Monday and five times of Saturday ... this only happens every 823 years ... the year is known as the year "Great Wealth". Do recite prayers  to Allah swt, the only one that gave us the wealth of the Faith, Charity, Religion & Sustainer . InsyaAllah!

TAHUN INI 2011 TERJADI SELEPAS 823 TAHUN LALU

Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yg jarang berlaku dlm setahun iaitu 1.1.11, 1.11.11, 11.1.11 dan 11.11.11...bukan setakat itu sahaja..cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita tahun ini..keputusannya ialah 111 buat semua orang...Ini ialah tahun kekayaan!!!! Pada bulan Oktober telah ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu...ini hanya terjadi setiap 823 tahun...tahun seperti ini dikenali sebagai tahun " Kekayaan Besar ".. Banyakkan lah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar kita di anugerahkan Kekayaan Iman, Amal, Agama & Rezeki....InsyALLAH!!!!

26 October 2011

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

iSYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.










Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan


Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.





2. Banyak bercakap


Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.














3. Suka marah-marah


Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan.Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.








4. Hasad dengki


Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).











5. Kedekut


Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.







6. Bermegah-megah


Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia


Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."(riwayat Bukhari dan Muslim).











8. Ego atau sombong


Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.






9. Ujub dan suka bangga diri 
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.










10. Gemarkan pujian atau riak


Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.








Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

AZLI SHUKRI TODAY: Putin: Who gave NATO right to kill Gaddafi?

AZLI SHUKRI TODAY: Putin: Who gave NATO right to kill Gaddafi?   
Kerana barat dan yahudi mahu kuasai minyak dunia itu sebab utama NATO memerangkap NTCLibya untuk membunuh dan menjatuh kerajaan Gaddafi. Tapi ramai orang Islam termasuk di Malaysia menyokong...kononnya ini untuk menghapuskan sistem diktator Gaddafi. Ini kelemahan orang islam termasuk di Msia hanya bersuara mengikut provokasi golongan yang ia sokong tanpa membuat kefahaman melalui keadaan yg sebenar




sorry....terpaksa keluar tajuk kejap....
Ada lagi satu cerita yang pelik dan bengong bagai nak giler golongan mahasiswa.....
Nie ke standard pemikiran mahasiswa Malaysia atau di kenali dengan panggilan yg GAH sbg SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) di dalam isu pensyarah UIA mengatakan PM takut untuk berdepan dgn mereka, tp yg sebenar nya PM terpaksa ke Riyyad untuk upacara pengkebumian kerana kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi. Dari aspek agama dan hubungan 2 hala dan sesama negara Islam PM on d right track bro...bijak sikit le

24 October 2011

Mustafa Abdel Jalil been born as an Iblis overtaking as Libya temporary leadership cover-up by the satanic world police forces; the zionis unionism , Americans and Europeans.


FROM my facebook




Saiful Anuar Safian: Mustafa Abdel Jalil been born as an Iblis overtaking as Libya temporary leadership cover-up by the satanic world police forces; the zionis unionism , Americans and Europeans.


Like · · 5 minutes ago







Saiful Anuar Safian
tengok apa tindakannya: kononnya: 
BENGHAZI: Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil, berkata satu suruhanjaya siasatan akan menyiasat pembunuhan kontroversi bekas pemimpin yang digulingkan, Muammar Gaddafi.

“Sebagai gerak balas kepada gesaan antarabangsa, kami sudah menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat situasi kematian Muammar Gaddafi semasa pertempuran dengan penyokonnya ketika beliau ditangkap," katanya. - AFP








36 seconds ago · Like












    23 October 2011

    aku dah jd cikgu kat 30 tahun....

    Aku mula jadi cikgu sejak tahun 1981 hingga hari ini..................................................
    Baru ni bajet 2012 dibentangkan....yg buat tu bukan cikgu tp kementerian kewangan,
    tapi kerana iri hati dia tak dapat faham akan hakikat sebenarnya bahawa semua.........
    penjawat awam dapat hak yg sama dari semua aspek pelarasan gaji. ........................
    Jelas dan confirm orang yang komen ni betul-betul golongan dunggu. 
    Hancurkerajaan jk ada penjawat macam ini. itu pun tarak faham


    [marah%5B7%5D.jpg]


    21 October 2011

    PEMBUNUHAN TERHADAP PRESIDENT MUUAMAR MUHAMMAD AL GHADDAFI BERLAKU KERANA RAKYAT LIBYA TERPEGARUH DENGAN DONGENGAN DAN DAKYAH BARAT DAN RAKYAT LIBYA SEBENAR-BENARNYA SUDAH BUTA MATA DAN HATI




    PEMBUNUHAN TERHADAP PRESIDENT MUUAMAR MUHAMMAD AL GHADDAFI
    BERLAKU KERANA RAKYAT LIBYA TERPEGARUH DENGAN DONGENGAN DAN DAKYAH BARAT DAN RAKYAT LIBYA SEBENAR-BENARNYA SUDAH BUTA MATA DAN HATI


    Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

    Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

    Cuba kita tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:



    1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

    2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

    3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

    4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

    5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

    6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

    7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

    8. Pendidikan adalah percumn;

    9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

    10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

    11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

    12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

    13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

    14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

    15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

    16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

    17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

    18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

    19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

    Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

    Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

    Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

    Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

    Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.








    20 October 2011

    CERITA - BURUNG PAK ALI YANG HILANG


    Pak Ali adalah seorang ketua kampung di daerah tengah Negeri Perak, yang suka memelihara burung.

    Pada suatu petang, Pak Ali menyedari seekor daripada burung yang paling sangat disayangi hilang.

    Masalah kecurian di kampung ini sudah makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Jadi PaK Ali pun membuat keputusan untuk memanggil seluruh warga desa sekitar 200 orang untruk berkumpul di dewan orang ramai pada keesokkannya.

    Pak Ali mulalah menceritakan sikap suka mencuri adalah satu yang tak baik disisi agama mahu pun dikalangan ahli masyarakat khusus dikampung dan seterus berceramah tentang keselamatan kampung secara panjang lebar, dan akhirnya barulah menceritakan tentang burungnya yg hilang.

    Pertanyaannya bermula, Siapakah diantara anda semua ada burung?
                                           Semua kaum lelaki berdiri

    Menyedari akan kesalahan caranya bertanya soalan, maka Pak Ali pun berkata ‘Bukan itu maksudnya tapi  telah disalah tafsir oleh tuan-tuan sekelian. Bukan itu maksud saya.
    Yang saya maksudkan...Siapa pernah tengok burung?
                                           Semua kaum wanita berdiri

    Pak Ali betul-betul marah kerana semua hadirin menyalahi  tafsiran pertanyaannya. Pak Ali betul-betul menjadi kelam-kabut dan tak tentu hala kerana semua hadirin masih tidak faham akan maksud pertanyaan yang sebenarnya. Menyedari hakikat itu maka, Pak Ali terus berkata, ‘Maaf sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan, sebenar bukan itu maksud saya, yang saya maksudkan, Ada sesiapa disini pernah melihat burung saya?......
                  Ada 5 orang kaum wanita bangun berdiri

    Tiba-tiba saja Pak Ali lintang pukang berlari kaarah pintu dewan kerana menyedari isterinya mengejarnya dengan penyapu lidi ditangannya.

    Olahan: saifulfromslim 6.22pm 20/10/2011

    19 October 2011

    mengapa pengumuman ni di buat?

    Orang Malaysia kalau pasal duit...semua pergi serbu sampai menyampah orang nak melayan kita. Ape taknya baru saja pengumuman dan pelaksanaan hanya akan berkuatkuasa pada 1.01.2012..dah tak sempat-sempat ke kaunter2 pertanyaan sehingga menganggu urusan rasmi dan kerja-kerja jabatan berkenaan...
    Kalau marah..kate pulak kakitangan awam sombong dan macam lagi lah...sehingga penguman ini terpaksa dibuat. Tapi kalau masih taK FAHAM LAGI TAK TAHUlah.
    RM 500 oh RM 500...Duit Duit itu Aje...Sabor le confirm dapat kalau kita layak yop
    Lampiran: Pengumuman LHDN di bawah:








    Signboard such a bodoh giler and... What a hilarious joking?

    Signboard such a bodoh giler and... What a hilarious joking? 























    A definition for signboard is added to clarify that "signboard means a hoarding, framework, scaffolding or other structure erected solely for the purpose of displaying any advertisement, making any announcement or notification, or displaying any visual image or other information".


    In this case is it true the sign is really functioning for the main purpose in granting knowledge of announcement and notification...to me hai ya its so ridiculous and really bodoh lah...although my hometown Slim River could be consider as a tiny dot town but such signboard I‘ve haven’t seen in my life....whatever all this jerks is just for fun....for my blog saifulfromslim ... See u & asalamualaikum wrt from me...


    11 October 2011

    Dengarlah luahan hati seorang insan... dia jujur walau masih remaja



    Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

    Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

    Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.


    Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.



    Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.



    Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
    Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.



    Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.



    Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.



    Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;



    1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
    2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.



    Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.



    Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.



    Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.


    An


    m


    Lua

    09 October 2011

    REZEKI ALLAH -bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah




    Petua Murah Rezeki:
    Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

    Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

    ” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


    Berdasarkan Hadith Nabi :
    “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


    Huraian hadith:


    - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


    - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)


    - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah


    - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


    - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


    Kesimpulannya:


    - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari


    - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


    InsyaAllah


    Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil, diploma atau ijazah


    Insya Allah
    Allahu Akbar !











    04 October 2011

    kuku oh kuku

    barang siapa yang mengerat kukunya pada:

    Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
    Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
    Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
    Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
    Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
    Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
    Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

    jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

    02 October 2011

    SEMBILAN JENIS ANAK SETAN @SYAITAN









    Syaitan adalah musuh umat manusia yang nyata dan tugasnya sehingga kiamat adalah untuk menyesatkan umat manusia seterusnya menemani mereka di neraka kelak. Seperti manusia, syaitan juga beranak pinak dan mempunyai anak-anak yang mempunyai tugas yang boleh dikatakan spesifik dan pelbagai dalam menyesatkan manusia supaya kufur kepada Allah s.w.t. Umar al-Khattab r. a. pernah meriwayatkan bahawa terdapat 9 jenis anak syaitan dengan tugas-tugasnya masing-masing iaitu :






    1. Zalituun




    Duduk di pasar / kedai bagi menggoda supaya manusia berbelanja secara berlebih-lebihan dan membeli barang-barang yang tidak perlu.




    2. Wathiin




    Mereka akan mendatangi orang-orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.




    3. A’awan




    Mereka berperanan menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Lalai dengan kedudukan / kekayaan hinggamengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama’.




    4. Haffaf




    Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).




    5. Murrah




    Merosakkan dan melalaikan supaya orang leka dan lalai dengan muzik sehingga lupa kepada Allah s.wt.. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan, keagungan, dan sebagainya.




    6. Masuud




    Duduk di bibir-bibir mulut manusia supaya berkata fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.





    7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH)




    Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak supaya terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga yang lain lagi).


    8. Walahaan




    Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.




    9. Lakhuus




    Merupakan sahabat bagi orang Majusi yang menyembah api / matahari.





    01 October 2011

    SURAT DARI SYAITAN

    Hai manusia yang tersayang,

    Tadi malam waktu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Tuhan, tidak membaca Do’a, tidak solat. Ini baik sekali karana waktu tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk mengingat Tuhan.


    Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Pagi ini aku lihat engkau tidak berdoa setelah bangun. Bagus sekali!!! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidur. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.


    Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil air Wudhuk dan bangun tengah malam untuk bermunajat pada Tuhan. Ini bagus sekali karana engkau tidak membazirkan pikiran dan tidak mengurangi waktumu. Aku lihat engkau tak pernah mengucap do’a waktu mau makan n mengucap syukur sewaktu selesai makan. Ini bagus, karana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut “thanks God, Alhamdulillah”. Ini bagus juga..


    Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan wang sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, karana engkau tidak membuang-buang wang dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Tuhan kepadamu. Engkau seorang yang cerdas mengatur kewangan. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, berholiday dan membeli kemewahan dunia. Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan salam. Engkau mengucapkan “What’s up bro!” Ini bagus juga karena engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti bahasa Inggris.


    Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama … . kita berpegang-tangan … menuju Neraka. wkkk wkk hahaaaahaaaaa


    NB: Jangan beritahukan surat ini pada siapapun jika kamu masih menyayangiku dan bersedia selamanya menjadi sahabatku. Kita akan hidup abadi di akhirat bersama-sama, menyelami Neraka.

                                                  tt

                                                 Satan from hell
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...