My home

09 January 2015

Syarat Keputusan MUET Ke IPTA & Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai Tahun 2015

Syarat Keputusan MUET Ke IPTA & Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai Tahun 2015

Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Mulai Tahun 2015


Mulai 1 Januari 2015, syarat kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET dinaik taraf mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:

a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2

b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3

c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4

Sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:

a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3

b) Pengajian STEM – Band 4

c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5






Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Mulai 1 Januari 2015

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Pebendaharaan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses (Kuat Kuasa 1 Januari 2015)

1. Seperti mana sedia maklum, semasa perbentangan Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

2. Wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak RM100 juga telahdimansuhkan.

3. Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

4. Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalahseperti berikut :




BIL
BIL GAJI HAKIKI    (RM)

KELAYAKAN   (RM)


1
8500 ke atas
600,000.00
2
6500 ke 8499
562,000.00
3
5500 ke 6499
525,000.00
4
4500 ke 5499
500,000.00
5
3500 ke 4499
475,000.00
6
3000 ke 3499
400,000.00
7
2500 ke 2999
350,000.00
8
2000 ke 2499
320,000.00
9
1500 ke 1999
260,000.00
10
1200 ke 1499
210,000.00
11
1000 ke 1199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00

Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Kementerian Kewangan

30 Disember 2014