My home

24 February 2013

Aku menjadi celaru untuk menjawab Ya.....


Aku bertanya pada diri aku sendiri.  Boleh ke Datuk Seri Anwar Ibrahim ini jadi PM berikutny untuk Malaysia?   Betul ke tokoh-tokoh pembangkang macam Karpal Sing,  Lim Kit Siang,  Haji Hadi Awang,  Datuk Nik Aziz dan Lim Guan Eng betul-betul suka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ini jadi PM Malaysia?  Makin lama persoalan ini aku cuba fikirkan,  makin banyak jawapan yang berbeza-berbeza timbul pulak.  Aku rasa aku tidak pernah membenci gerangan manusia Datuk Seri Anwar Ibrahim ini .  Dia tidak pernah menyakiti perasaan aku,  atau membenci aku sejak dia menjadi menteri, TPM dan Ketua Pembangkang. Setiap kali aku melihatnya atau berada pada program yang melibatkannya dia berjabat tangan kemas dengan aku, sentiasa melempar senyum pada semua orang yang berada disitu dan sentiasa bersifat mesra dan jauh sekali menunjukkan sifat sombong ada pada dia.  Tetapi apabila persoalan bolehkah dia menjadi PM untuk negara ini?  Aku menjadi celaru untuk menjawab Ya.....


Wajah celaru menyambut manifesto pilihan raya

ESOK, hari Isnin sepatutnya menjadi hari penting kepada pakatan pembangkang. Pimpinan tertinggi PKR, Pas dan DAP, parti yang berbeza ideologi ini akan berkumpul di Shah Alam. Mereka akan menggunakan waktu setengah hari untuk mempertontonkan citra bahawa mereka mampu bersama.
Esok, buat sekian kalinya pakatan pembangkang akan melancarkan janji-janji pilihan raya. Manifesto yang diberi tajuk Pakatan Harapan Rakyat sangat diharapkan oleh mereka menjadi momentum baharu dan menyegarkan semula semangat bersama untuk menawan Putrajaya.

Memang pakatan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan baja penggalak mahupun ubat perangsang untuk menjayakan misi yang lebih bersifat peribadi itu. Anwar sangat mengharapkan manifesto kali ini akan akhirnya berjaya menghantar beliau ke Putrajaya.
Tetapi malang buat Anwar pada saat-saat genting menghampiri garis penamat ada sahaja rintangan tak terduga berlaku. Barangkali beliau memang tidak ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kini, gerakan menolaknya sebagai calon Perdana Menteri terutama daripada ahli-ahli parti sekutunya Pas, semakin kuat. 

Tetapi walau apa jua rintangan, ini adalah peluang terbaik dan terakhir yang pernah dimilikinya. Entah sampai bila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah mendedahkan mempunyai bukti penglibatan kegiatan homoseksual Anwar boleh menahan diri untuk terus menyimpan rahsia itu. Entah sampai bila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu boleh terus berkompromi dengan orang yang beliau gelar si Al Juburi ini.

Entah sampai bila pula para pemimpin Pas mampu menahan asakan ahli-ahli akar umbi yang kini telah membentuk satu gelombang menolak Anwar. Lebih getir, Majlis Syura Ulama Pas dikhabarkan telah membuat pendirian berbeza dengan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.
Khabarnya penceramah Pas pun kini berasa silu untuk mempromosi nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Nama Anwar seakan sudah diharamkan daripada disebut untuk ditawarkan sebagai calon Perdana Menteri.

Selama ini pun hanya yang empunya diri yang begitu beria-ia mengangkat dirinya menduduki kerusi Perdana Menteri. Hampir dalam setiap ceramahnya, beliau tidak pernah gagal meyakinkan khalayak bahawa dirinya paling layak menjadi Perdana Menteri walaupun kumpulan pengiring selalu berdalih, rakyat yang mengangkat Penasihat PKR ini.
Yang pemimpin DAP, kelayakan mereka memang jauh sekali manakala yang daripada Pas dianggap hanya layak jadi tok guru. Barangkali sebab itu muncul nama orang luar untuk menggantikan tempatnya.
Siapakah jika bukan beliau yang beria-ia menjanjikan hampir segala hal percuma jika rakyat memberinya kuasa. Beliaulah yang menjanjikan penurunan itu dan ini sebaik mengangkat sumpah menjadi penguasa di Putrajaya. Beliaulah juga yang memberikan impian kosong menawan Putrajaya dalam peristiwa hitam 16 September.

Bayangkan jika ahli parti sekutu pun kini teragak-agak malah semakin sepadu untuk menolak Anwar, apatah lagi majoriti rakyat yang mual dengan ragam pakatan pembangkang termasuk di negeri yang mereka pimpin. 

Di Selangor, Menteri Besarnya lebih suka menjadikan kepentingan rakyat dan negeri sebagai taruhan. Tanpa basa-basi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggantung pelaksanaan semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor gara-gara keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pihak beliau.

Begitu sekali Abdul Khalid melepaskan amarah dan dendamnya sedangkan keputusan itu bakal memberi kesan besar kepada pembangunan negeri, malah boleh dianggap sabotaj kepada negara. Juga, entah berapa banyak janji manifesto terdahulu yang dituntut rakyat, ditolaknya mentah-mentah.
Di Kedah, Menteri Besarnya mendapat kecaman teruk daripada ahli-ahli partinya sendiri. Suara mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sudah dibuat secara terang-terangan. Ahli-ahli partinya sendiri tidak lagi percaya beliau boleh memegang amanah parti dan rakyat.

Bagaimanakah mungkin Anwar boleh berbangga dengan manifesto yang dilancarkan secara bersama itu sedangkan ahli-ahli parti sekutunya sendiri sudah menyatakan penolakan untuk memberi sokongan kepada beliau?
Bagaimanakah Anwar mahu meyakinkan rakyat terhadap manifesto yang penuh dengan janji-janji muluk itu jika pemimpin partinya sendiri menganggap manifesto bukan sebuah janji? Bukankah satu jenaka, di satu pihak mereka mengagungkan rakyat tetapi dalam situasi lain menghentam dan melawan rakyat?
Bagaimanakah Anwar boleh menjaja manifesto yang kononnya berteraskan rakyat sedangkan pemimpin parti sekutunya dengan loklak menolak rintihan rakyat? Isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah menjadi salah satu contoh. Rintihan kira-kira 400 kakitangan Kuin dibalas dengan kecaman malah mereka diminta mencari pekerjaan lain dan ditohmah sebagai agen UMNO.

Di Kelantan, tanah diberikan kepada pemimpin parti sekutu dari negeri lain sedangkan hak rakyat tempatan mendapatkan tanah dinafikan begitu sahaja. Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya lebih gemar mempertontonkan keangkuhan dan kesombongan berbanding membela nasib semua lapisan rakyat.
Banyak contoh lain yang menunjukkan pakatan pembangkang suka menipu rakyat. Faktanya jelas. Jadi esok, konvensyen iaitu majlis pelancaran manifesto pakatan pembangkang di Shah Alam itu tidak lebih daripada satu lagi gendang pakatan pembangkang untuk menipu rakyat.

Dapat dirasakan, perasaan yakin kian luntur dalam pakatan pembangkang. Perbalahan demi perbalahan dan kelemahan demi kelemahan pentadbiran tiada henti menimpa gabungan longgar PKR, Pas dan DAP ini.

Tahap kecelaruan itu bahkan semakin meningkat dari waktu ke waktu sehingga entah berapa kali arahan tutup mulut terpaksa dikeluarkan agar kebobrokan parti dan kecacatan kesepakatan mereka tidak diketahui rakyat. Tetapi itulah wajah celaru pakatan pembangkang.

saifulfromslim

23 February 2013

BETULKAH GAJI KAKITANGAN AWAM & ELAUN PERUMAHAN NAIK MENJELANG SEBELUM PRU 13 INI? Saya terbaca dari portal ‘Berita Semasa’ Harap-harapnya betullah…



BETULKAH GAJI KAKITANGAN AWAM & ELAUN PERUMAHAN NAIK MENJELANG SEBELUM PRU 13 INI? Saya terbaca dari portal ‘Berita Semasa’ Harap-harapnya betullah…
Semua bahan dibawah adalah dari Portal Berita Semasa – Sejauh mana kesahihan berita ini saya sendiri kurang pasti. Moga-moga saja apa yang dinyatakan menjadi kenyataan hendaknya:

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
P/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

Elaun Tetap Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun kakitangan awam seperti Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak semula laporan berita sebelum-sebelum ini :
Jikalau berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini , Cuepacs mahu menuntut Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan :

Dibawah dinyatakan tuntutan dibuat oleh Cuepacs pada JPA sebelum ini telah mendapat perhatian KSU dan Perdana Menteri untuk membuat satu pengumuman seperti di atas. Sejauh mana kesahihan berita ini saya sendiri kurang pasti. Moga-moga saja apa yang dinyatakan menjadi kenyataan hendaknya:

Tuntutan Cuepacs 2013 Sebelum PRU Ke 13
Antara Yang Terkandung Dalam Kertas Cadangan Cuepacs yang telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara ialah :
1.   Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
2.   Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
3.   Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
4.   Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
5.   Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
6.   Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
            7.    Melihatkan rekod dan tindakan sebelum ini :
-Tahun 2011 : masih dalam peringkat kajian
-Tahun 2012 : masih lagi kajian
-Tahun 2013 : harap-harapnya menjadi kenyataan

Kami yakin pada waktu yang terdekat ini, kakitangan awam lebih selesa jika elaun tetap perumahan diberikan perhatian yang lebih untuk direalisasikan.
Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebenarnya kerajaan berbesar hati untuk memberikan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP). Cuma kertas cadangan yang dihantar oleh Cuepacs sebagai salah satu prosedur biasa (syarat) sahaja.
1.   Minggu ini masuk kertas cadangan.
2.   Dalam masa terdekat, semakan cadangan akan dilakukan & diluluskan. Mungkin angka tidak akan dapat “sebiji” seperti yang dipohon. Mungkin berkurang sedikit. Mungkin tidak semua tuntutan tidak dipenuhi. Cuma  Imbuhan Tetap Perumahan ITP akan diberikan perhatian lebih oleh pihak kerajaan buat masa ini termasuklah isu gaji maksimum.
Dan selepas itu, dijangka Perdana Menteri akan mengumumkannya semasa menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Apa respon balas anda pula? 


Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam.
Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.


Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :
Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan
1.   Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
2.   Persoalan dan permintaan mengenai status gred
3.   Status perjawatan kontrak
4.   Elaun perumahan
5.   Tuntutan perjalanan
6.   Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
7.   Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
1.   Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.
P/S : Harapan kami, diharapkan jikalau lakukan kajian janganlah terlalu lama. Bertahun-tahun juga kalangan penjawat awam ini tertunggu-tunggu. Mari kita nantikan….elaun apa yang “terkena”. Apa kata orang kerajaan di sini?

Berdasarkan rekod, elaun tetap perumahan (ETP) masih tiada perubahan dan angka yang digunapakai dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang untuk tempoh 10 tahun lamanya.
Baru-baru ini, kakitangan awam telah mula menikmati gaji SSM baru 2012 dan kini Cuepacs telah tampil dengan satu lagi usul dan tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mewakili sebahagian besar kakitangan awam di Malaysia.
Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman : Kajian Elaun Tetap Perumahan (ETP) Perlu Ditambahbaik
“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya. (Presiden Cuepacs – Datuk Omar Osman)



Antara Tuntutan Penambaikan Elaun Tetap Perumahan (ETP) oleh Cuepacs
1.   Memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis kerana terdapat banyak aduan kalangan kakitangan awam tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota
2.   Memberikan perhatian lebih kepada golongan muda golongan yang baru mula bekerja di sektor awam kerana menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
3.   Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula terutamanya bagi kakitangan awam yang bertugas di ibu kota
4.   Kadar pemberian elaun tetap perumahan mestilah berbeza-beza mengikut kawasan bagi mengelakkan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi
Kami sendiri agak bersetuju dengan tuntutan Cuepacs. Nilai yang digunakan masih lagi ditakuk lama sedangkan kadar sewa rumah sekarang sudah lama meningkat naik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Dan satu lagi, elaun perumahan seharusnya tidak sama, kerana kadar sara hidup jauh berbeza antara kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan luar bandar.
Zaman sekarang jikalau diberikan RM180 sebulan, sekejap sahaja habis dibelanjakan untuk tujuan dan perkara-perkara yang penting. Dan sememangnya, elaun perumahan RM180 itu memang tidak relevan dengan kos sewa rumah dahulu dan sekarang. Sewa bilik sahaja adakalanya sudah mencecah RM 200 – 300 sebulan contohnya di Sabah. ‘
1.   Jika dapat kuaters : Tolak semua elaun perumahan (RM180), COLA tolak separuh (RM150) +  air dan elektrik bayar sendiri
2.   Jika dapat kuaters jabatan : Elaun perumahan tolak separuh sahaja (RM90) + COLA tetap tolak separuh (RM150) + air dan elektrik bayar sendiri
Jika diperhatikan kadar sewa kuarters yang disediakan ini masih lagi berpatutan berbanding kadar sewa bagi keluasan sama  bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor.
Cuma kami berharap Cuepacs jikalau mahu membuat tuntutan, buatlah tuntutan meliputi semua peringkat. Sebaik-baiknya diselaraskan untuk kakitangan bawahan dan atasan.
P/S : Apa pendapat dan respon kakitangan awam mengenai tuntan terbaru Cuepacs mengenai kenaikan Elaun Tetap perumahan ETP ini?

Dari 'bernama' dan 'Berita Semasa'
Oleh saifulfromslim.blogspot

22 February 2013

POLITIK HAIWAN

POLITIK HAIWAN

Oleh Zulkifli Noordin

SATU lagi adegan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura Pas merangkap penceramah tetap Pas dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi baru-baru ini, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan seperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut seperti memberi hampas kepada ayam, seperti memberi jerami kepada lembu.

Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan seperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut fatwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik!

Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas al-Quran dan Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai?

Teman ingat lagi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulur duit kepada orang ramai jelas terpampang!

Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Buddha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang Pas-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang sudah ambil bantuan Kerajaan Persekutuan sama ada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit itu.

Bukan sahaja ia tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam dan memperlembukan mike yop!

PENULIS ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu




SAMAKAN PENERIMA BRIM MACAM HAIWAN - PM - sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.


KUCHING 22 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.
"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.


"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di sini hari ini.
Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.


Mengulas lanjut, Najib berkata, amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ... orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.
"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.
"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.


"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

- BERNAMA

saifulfromslim


21 February 2013

(cERITA bENAR) Dialog panas antara pemandu teksi dengan penumpangnya


Salam,  disini aku ceritakan satu satu insiden benar,  cebisan-cebisan dailog antara PT (Pemandu Teksi) dengan seorang P (Penumpang).  Aku tertarik hati pada setiap dailog-dailog yang diungkapkan.  Siapa betul siapa salah itu cerita kedua?,  tapi yang pentingnya perbezaan antara seorang yang taksub yang tidak menggunakan akal sendiri tapi hanya menerima apa saja kata ketuanya .  Yang seorang lagi memberi hujah-hujah spontan berlandas akal yang diberi Allah swt padanya untuk membuah butiran hujah pada kadar yang  yang lebih ilmiah dan boleh diterima akal  ...Selamat membaca.


Dialog panas antara pemandu teksi dengan penumpangnya

Oleh Zaini Hassan

KEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin panas. Bukan sahaja ia berkisar dalam media - sama ada arus perdana, mahu pun pembangkang - atau di pentas-pentas politik, tapi juga di kalangan orang ramai.

Di mana-mana orang bercakap mengenai politik. Yang sebelah kerajaan, akan mempertahankan kerajaan, manakala yang pembangkang akan mempertahankan parti kesayangan mereka. Yang atas pagar pula akan mendengar dan tersenyum kecil.

Namun dalam banyak-banyak pandangan, pengikut Pas ini ditakrifkan sebagai totok. Mereka berada dalam satu kepompongan minda (mental block) yang cukup serius. Semua orang cakap pasal kerajaan, salah. Mereka sahaja yang betul.

Saya beranggapan golongan ini telah melalui satu proses indoktrinasi (cuci otak) yang terlalu lama. Mereka ini terlalu taksubkan para pemimpin, dan mengikut apa yang dikatakan oleh para pemimpin mereka.

Bayangkan sekiranya Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mengumumkan kalimah Allah boleh dipakai oleh orang Kristian? Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim, yang menghadapi pelbagai pertuduhan moral itu masih sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apa pula kempen oleh golongan totok Pas ini? Sudah tentu ceritanya menjadi lain. Ia termasuklah oleh pemandu teksi yang akan kita ikuti kisahnya ini.

Ikuti dialog antara pemandu teksi yang mengaku kerja dengan kerajaan, tapi berkempen totok Pas di dalam teksinya, dengan seorang penumpang yang mempertahankan logik akalnya.

Ini adalah kisah benar, yang diceritakan kepada saya oleh penumpang itu.

Penumpang itu telah menaiki teksi bermeter dari hentian bas HKL ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari Jumaat 1 Februari 2013 kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan lalu lintas tidak lancar, sedikit sesak.

Setelah menaiki teksi itu, penumpang (P) berkata hendak ke Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu teksi (PT) itu kata OK. Penumpang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu. Sebaik-baik sahaja menaiki teksi, penumpang kebetulan membaca akhbar Utusan Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu menyampuk tanpa hormat kepada penumpang.

PT: Baca Utusan (merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia), orang dah tak baca Utusan ni.

P: Kenapa, banyak berita kita dapat.

PT: Ini akhbar bohong banyak, auta, suka pelagakan orang.

P: Tak adalah, sebab you tak baca, jadi you tak tahu cerita sebenarnya. Harakah tu betul sangat ke? Kata Kerajaan Jepun bayar berbilion-bilion ringgit kepada Kerajaan Malaysia sebagai wang pampasan kepada veteran tentera dan wang itu lesap, betul ke? Dulu Harakah kata Felda bankrap, tahu-tahu peneroka dapat “durian runtuh".

PT: Betul! Kalau tak betul kenapa tak saman? Betul laa tuu. Utusan tu, dah banyak kali kena saman, kalah di mahkamah, kena bayar ganti rugi.

P: Sudah laa, Kedutaan Jepun dah nafi, berita itu tidak benar. Utusan kalah bukan bermakna Utusan itu berbohong, atau auta, atau sukakan pelagakan orang. Ia bergantung kepada kebijaksanaan peguam bela masing-masing. Dulu Abang Jak (penyokong Pas dari negeri Kelantan) pun didakwa di mahkamah di Kedah oleh penyokong UMNO kerana menunjukkan batang ***** kepada Puteri UMNO semasa kempen PRK, memang dia tunjuk batang *****, ramai orang nampak, tetapi mahkamah bebaskan dia kerana tidak cukup bukti. Sama laa dengan Utusan pun. Ada kes bunuh, kes edar dadah boleh bebas jika peguam bela bijak.

PT: Tak ada laa! Surat khabar (akhbar) pembangkang yang betul, saya kerja kerajaan (penjawat awam) di Jabatan Kesihatan DBKL, saya tahu semua, kerajaan BN korup, rasuah sana-sini, tindas rakyat. Pemimpin pembangkang OK bersih.

P: Kepala hotak (otak) kau, pemimpin-pemimpin pembangkang tu betul sangat ke? Mat Sabu, pemimpin No. 2 dalam Pas yang (didakwa) kena tangkap basah (khalwat) di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu pun didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Sudahlah, Mat Sabu tu mengarut, komunis dikatakan “Hero", hero kepala ***** dia.

PT: Memang Mat Indera tu hero, lawan polis penjajah British.

P: Itu bukan polis British, itu polis di bawah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, you bodoh tak baca sejarah. Dah bunuh berpuluh polis kita, bakar hidup-hidup bersama budak-budak kecil dikatakan hero? Saya bekas tentera, pernah menerima latihan di Kem Komando (Pusat Latihan Peperangan Khas, Sg. Udang, Melaka), tak ada pulak Komandan beritahu komunis tu hero, yang kita tahu lawan komunis. Kalau hero sangat kenapa Mat Indera tu tidak dianugerahkan pingat PGB atau SP macam Kanang?

PT: Kerajaan BN bodoh, sudahlah, Kerajaan BN tindas rakyat, tidak jujur.

P: Pemimpin pembangkang tu baik sangat ke? Jika nak jadikan kerajaan ni jujur, pergi ambiklah (ambil) Imam Mekah atau Ketua Gereja di Vatican jadi Perdana Menteri Malaysia. Tahu tak Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabut tu ikut telunjuk DAP? Kalimah Allah pun nak jual kepada orang kafir kerana politik punya pasal. Ini ke pemimpin Islam!

Orang-orang Pas tu, nak pergi ke Mekah, dia check ke pilot kapal terbang tu orang jujur atau tidak? Kalau nak check semua, pergi ke Mekah dengan kapal layar buatan sendiri laa jawabnya. Orang lain dah balik dari Mekah, kita duk tengah laut lagi, silap hari bulan tenggelam mampus, makan dek ikan yu.

PT: Tak ada, pembangkang bagus. Tengok Kelantan maju, tak ada jenayah, aman je!

P: Sudah laa, you tak baca Utusan, sebab itu laa you tak tahu cerita sebenarnya. Buang bayi pun ada di Kelantan, buang bayi macam buang sampah, sembelih anak pun ada di Kelantan. Penagih dadah tak usah cakap laa!

Pemimpin Pas kuat bohong, undi Pas masuk syurga! Quran mana Nik Aziz baca, kitab mana Nik Aziz baca? Tak usah cakap banyaklah, di Malaysia ni aman damai selamat, boleh pergi ke masjid tanpa gangguan, peluang ekonomi cukup luas, senang bergerak, pinjaman bank disediakan, macam-macam pinjaman ada, ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO.

You tak tengok laporan Utusan setiap hari, jadi you tak tahu cerita sebenarnya, pergi laa ke UiTM di Puncak Alam tu, you tengok macam mana. Kerajaan BN buat kampus baru UiTM untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Belum cakap lagi setiap negeri ada kampus UiTM. Sekarang setiap kampus itu hendak diperbesarkan lagi bagi menampung keperluan masa depan.

Kerja Pas hanya maki hamun orang UMNO saja tanpa suluh jasa-jasa pemimpin UMNO terdahulu, tak sedar diri. Orang Asli pun tak kutuk pemimpin UMNO macam you ni. Di Malaysia ni dah lengkap dah. Otak you belum lengkap lagi sebab you hanya baca Harakah. Tahu tak? Kalau anak lelaki kita sangat pandai ada MCKK atau UPNM. Kalau anak perempuan kita sangat pandai ada Kolej Tengku Khursiah yang sebelum ini dipanggil “The Malay Girl College".

Kalau anak kita jahat ada sekolah jahat Henry Gurney. Kalau kita gila ada hospital gila, kalau bini kita nak beranak ada hospital bersalin, kalau anak kita penagih dadah ada tempat pemulihannya Pengasih, kalau gagal masuk U ada IKM dan macam-macam lagi.

You tak baca Utusan sebab tu laa otak you tak terbuka, you ni macam budak bodoh walaupun dah tua. Tahu tak? Nik Aziz kata dulu tahun 1999, Pas menang di Terengganu, Nik Aziz kata berpuluh-puluh ribu malaikat turun dari langit ke bumi membantu memegang tangan orang-orang UMNO untuk mengundi Pas.

Bila kalah pada tahun 2004 Nik Aziz kata UMNO jahat bawa pengundi “hantu" dari KL ke Terengganu. Mana perginya malaikat itu? Pas lagi auta. Sudahlahhh, semua ada dalam poket seluar saya. Islam yang ada pada Nasharudin Mat Isa ditolak perwakilan Pas, perwakilan Pas pilih Islam yang ada pada Mat Sabu, nak muntah dengar! Cakapan Nik Aziz itu kotor laa, dah tua-tua pun kata kat Nasharuddin Mat Isa tu lidah panjang.

Nik Aziz tu dah tak endah lagi pantang larang agama. Nik Aziz kata tidak boleh sambut Maulidur Rasul (hari kelahiran Rasulullah SAW) kerana perbuatan itu adalah “bidaah", tapi peliknya Nik Aziz sendiri menyambut hari jadinya di rumah Karpal Singh. Buruk betul perangai Nik Aziz tu dan tak layak dipanggil tok guru.

Ok lah berhenti di sini, saya nak turun!

PT: (Pemandu teksi HB 7**2 itu masih tidak puas hati…)

Kesimpulan daripada dialog itu, golongan yang terlalu taksub ini semakin ramai.

Kita bimbang gejala ketaksuban dan kepompongan minda ini yang selama ini bercambah dalam masyarakat Taliban di Afghanistan akan berakar-umbi di sini.

Ingat lagi kisah remaja perempuan Afghan, Malala Yousufzai yang pernah saya tulis dalam Cuit? Dia ditembak di mukanya oleh militan Taliban hanya kerana gadis itu memperjuangkan hak pendidikan untuk golongannya.

Ingatlah jika di peringkat tadika lagi anak- anak kecil pernah diasuh memijak gambar- gambar pemimpin negara, apa akan terjadi kepada mereka satu generasi lagi? Seperti pemandu teksi itukah? Atau lebih teruk?

saifulfromslim

18 February 2013

MesyUAraT aGonG pibG 2013

MesyUAraT aGonG pibG 2013 - SMk sLIm

Petang Jumaat ,  lepas sembahyang pergi sekolah...tengok-tengoh dah ade pengetua dgn  Puan Salina kat dewan.  Ada rehearsal persembahan pelajar...aku pun mula sibuk dengan cikgu shaharuddin buat persediaan untuk  untuk montage dan memasang PA system yang baru didermakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Malim YB Dato Seri Ong Ka Chuan.




 Kira ok dapat sistem siaraya yang agak canggih. Pengetua nampak happy je bila tengok kesan bunyi yg mantap gitu.  Di luar dewan e Learning sibuk guru-guru pengajar-pengajar melatih budak-budak untuk acara koir dan tarian...Aku,   Shaharuddin, Pengetua dan Pn Salina saja yang ada dalam dewan.





Aku panggil Mr James guru mat salleh Amerika kerana pengetua nak jumpa,  Dia bagi CD rosak le pula...jadi berhempas pulas le Pn Rohana terpaksa burn CD yang baru.  Aku pun heran zaman nie masih ada guru yg tulis pada CD pakai ballpoint pen...mesti le scratche CD tue...dan confirm akan jadi bunyi katak menyanyi...

Bila masa reheasal macam-macam le masalah timbul. Montage yang dibuat pada pada paparan LCD Screen besar tak memenuhi cita rasa pengetua.   Budak koir takde semangat dan tarian macam-macam langkah sumbang berlaku... Pengetua kata dia pening dan nak balik.  Tinggal Pn Salina, aku dan juruacara Pn Syarifah Ahmad, Pn Norlyzan dan Shaharuddin je kat dewan bersama pelajar-pelajar yang nak buat persembahan serta guru-guru yang melatih mereka iaitu Pn Rohana, Pn Kharunisa dan Mr James Amerika je...

Aku cakap kat Cikgu Salina kita buat sekali lagi raptai dah le sebab hari pun dah petang. Apa tidaknya dari dari jam 7.00pg hingga 12.15tgh tadi waktu persekolahan rasmi,  sambung pulak pada jam 2.30 ptg pasal hal rehearsal nie. Nampaknya raptai kali ini macam lebih ok dari awal tadi...tepat jam 5.20 petang aku pun pulang... 


Esok 16hb Feb 2013, tepat jam 7.30...aku bergegas ke dewan pergi buat ape yang sepatutnya...semua selesai...byk juga guru-guru lain tolong.  Semua beres...Tepat 9.00 pagi YB Ong Ka Chuan pun tiba...siap dengan arakan berkompang, sirih junjung dan acara berjalan dengan lancar hingga jam 1.45 tgh. 




Pengetua tak pening lagi. Dia nampak ceria...maklum le barisan AJK PIBG baru dah dilantik, Duit RM 10,000.00 dah dapat,  PA System baru dah dapat dan dengan itu kira ok le.  Ibu bapa yang hadir banyak dapat hamper cabutan bertuah. Bagus juga pasal hamper nie, semua ibu bapa tunggu hingga mesyuarat abis...hehehe

SAIFULFROMSLIM

17 February 2013

Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di LCCT, Ape kate Anwar pada perkara ini?


Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di LCCT, Ape kate Anwar pada perkara ini?

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Senator Australia, Nick Xenophon ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Alias berkata, Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.

Katanya, Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam ini.

Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.

Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.

Xenophon dilaporkan ialah antara 50 penggubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.

Penggubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa parlimen sebagai 'mahkamah kangaroo'.

Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata, cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia adalah kerajaan 'autoritarian'.

Selain mengkritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara.

Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.

Di MELBOURNE, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata, pegawai Australia di Malaysia sedang berusaha mendapatkan pelepasan segera senator bebas itu.

Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal Mal Washer, Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.

Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan anggota kumpulan Bersih.

Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab 'OK'," katanya kepada stesen televisyen ABC.

Williams berkata, mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan, katanya. - BERNAMA

Pandangan Anwar pada perkara ini: sebagai melanggar protokol antarabangsa....


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan dan pengusiran Senator Australia, Nick Xenophon sebagai satu salahguna kuasa dan "melanggar protokol antarabangsa".

"Saya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Xenophon di LCCT yang dikatakan menjadi ancaman keselamatan dan dilabelkan sebagai 'musuh negara'.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar (kiri) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk melayan pelawat sebagai musuh negara semata-mata kerana mereka kritikal terhadap pentadbiran yang diterajui Umno pimpinannya.

"Malaysia bukan milik Umno. Ia milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik."

Ketua umum PKR itu menegaskan walaupun Xenophon telah membangkitkan kebimbangan terhadap ketelusan pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

"Tambahan pula, dia berada di sini dan kemudiannya akan disertai ahli parlimen Australia yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan kami serta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebab-sebab ini tidak boleh menjadi alasan untuk menyenaraihitamnya.  Tindakan menahan dan pengusiran yang dicadangkan atas sebab-sebab partisan politik  adalah satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam melayan kedatangan ahli parlimen dari luar negara, terutamanya dari negara-negara anggota Komanwel," katanya.

Anwar menggesa supaya Xenophon dibebaskan serta-merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan.

Kemudiannya, ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjura PKR Batu di Jinjang Selatan, Anwar berkata, keputusan untuk menahan Xenophone itu merupakan keputusan berunsur politik.

"Ini adalah keputusan politik. Nasihat saya kepada imigresin, mereka perlu tahu apa tanggungjawab mereka. Saya bukan mahu mengkritik mereka. 

"Tetapi saya tahu, mereka bukan buat keputusan sendiri. Tetapi arahan yang berunsur politik," katanya.

Pagi tadi, Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihantar pulang kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Senator bebas itu adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Menurut Anwar lagi, sebagai sebuah negara demokrasi, Xenophone tidak wajar dihalang untuk memasuki negara ini.

Anwar berkata lagi, dengan menghalang pemerhati bebas itu, ia menunjukkan negara ini belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum yang bersih.

"Kita ada kebebasan untuk ke mana-mana negara. Australia, Turki dan mana-mana sahaja. Kenapa di Malaysia tidak? Adakah kerana Najib takut dengan pemerhati bebas?

"Bila pemerhati bebas itu datang untuk kebenaran, dia tak mahu beri. Sedangkan program dia bukan nak jumpa saya sahaja tetapi berjumpa Nazri dan beberapa yang lain juga.

"Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menerima pemerhati bebas dan menjalani proses (pilihan raya) yang bersih. Kenapa terlalu bimbang? Sebab ada benda yang nak disembunyikan?" Kata Anwar lagi.  - Malalaysiakini



Apa kata presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula... 


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa kerajaan kekal dengan keputusan mengharamkan Senator Australia, Nick Xenophon daripada menjejakkan kaki ke negara ini kerana individu itu giat mempromosikan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya bimbang Xenophon akan turut mempromosikan budaya songsang tersebut dalam kalangan masyarakat di negara ini sekiranya dibenarkan masuk ke Malaysia.

"JMM bersama jaringan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain amat yakin golongan ibu bapa tidak sanggup melihat impian Xenophon jadi realiti.

"Kerajaan perlu tegas menghalang kegiatan LGBT mulai sekarang kerana kita sedar penyokong pakatan pembangkang dan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghalang usaha dan kegiatan Xenophon itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. -

oleh:
http://saifulfromslim.blogspot.com