Walaupun perkataan seperti ‘malu’ atau ‘segan’ membawa takrif berbeza sejauh mana melibatkan kamus politik, dan mungkin juga kamus hidup beliau,  paling jelas ialah perkataan ’takut’ sama sekali tidak wujud dalam kosa kata Anwar Ibrahim.   

Akibat politik beliau pernah meringkok (1974-1976)  di Kem  Kamunting, Perak. Tahun 1999 pula terpaksa meninggalkan jawatan dan dunia politik apabila disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa lalu berehat selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh.  Kemudian 2000, dihukum sembilan tahun kerana tuduhan liwat.

Pada 2004 ketika Pak Lah jadi PM, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kerana pendakwaraya gagal kemuka bukti kukuh. Selanjutnya 2008, selepas PRU12, Anwar ditahan dan dihadap ke mahkamah kerana tuduhan liwat terhadap pembantunya Saiful Bukhari walaupun pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi bebaskan Anwar dari tuduhan salah laku
  

Tidak mustahil ketiadaan perkataan ‘takut’ dalam hidupnya itu melahirkan semangat juang, ‘lawan selagi hidup’. Namun, Anwar sendiri akur betapa kejayaan dalam perjuangan memerlukan lebih dari semangat.

Selepas mempergunakan Abim selaku batu loncatan, tanpa segan  dan tanpa rasa bersalah terhadap rakan-rakan seperjuangan,  Anwar memilih Umno sebagai tapak baru dalam politik.

Jawatan presiden Abim dilepaskan pada 29 Mac 1982 dan menyertai Umno atas ihsan Tun Dr Mahathir selaku Presiden Umno dan PM ketika itu.
Walaupun bersama-sama Abim, turut berkempen untuk Pas di Kelantan pada 1978, tindakan beliau menyertai Umno bukan sahaja menghampakan rakan-rakan, tetapi juga Datuk Asri Muda, Presiden Pas ketika itu.

Kini atau setidak-tidaknya bermula 2008,  ia berada di  barisan depan pembangkang sebagai ketua mereka. Musuh lama seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang atau DAP dan Pas, kini rakan sebantal.

Menjelang PRU13 Anwar menambah lagi warna hidupnya yang sedia ada apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan kubunya - Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.

Bagi pengundi di Permatang Pauh yang lebih mengenali Anwar, graf politik Anwar di kawasan berkenaan melalui pasang surut. Dalam PRU11 pada 2004, tempatnya diisi oleh isterinya  hampir menyaksikan satu ‘up-set’.  Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding atas tiket PKR menang hanya bermajoritikan 590 undi.

Pemuda Pas Perak undang Anwar tanding di Lumut, iaitu kawasan majoriti Cina. Tapi sanggupkah Anwar berkempen menentang calon Cina, Kong Cho Ha - Setiausaha Agong MCA yang merupakan anak tempatan.  Anwar mahu dilihat “tidak anti Cina” justeru jika ia berdepan tokoh MCA itu, ia terpaksa guna bahan kempen yang anti MCA.
Sama ada Anwar takut kepada pengundi generasi baru di Permatang Pauh atau ia sekadar salah satu strategi terbaru, ia diulas oleh hampir semua pihak. Dr Mahathir berkata “jika beliau mahu lari dari Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap kerusi Parlimen itu semakin hari semakin berkurangan.”

Nampaknya Perak seperti menggamit keberaniannya untuk mencari kawasan baru. Jalan di hadapan masih berliku dan tanpa kepastian jitu terutama jalan ke Putrajaya.

Setakat ini harapan lamanya  iaitu menjadi PM melalui Umno  berkecai, harapan baru dengan andaian rakyat menyokongnya juga menunjukkan graf penurunan.

Percaturannya kini dilihat seperti kehilangan arah tujuan.

Memetik kata-kata MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ‘setiap insan politik ada surutnya.’  Tidak ada yang lebih tepat untuk menghuraikan realiti politik Anwar yang sedang mengharungi zaman surut dari kata-kata tersebut. Ini dapat disaksikan di mana-mana.  Walaupun konon sambutan ceramahnya mengundang ramai, namun beliau tidak memiliki sesuatu baru untuk ditawarkan. 

Kembali ke Permatang Pauh bererti mengambil risiko besar untuk tewas. Kekalahan akan meranapkan segala impian untuk menjadi perdana menteri. Justeru, pada hemat beliau, jalan selamat ialah mempergunakan sokongan pengundi Cina di Perak (atau Selangor). Namun, besar kebarangkalian ini juga satu kesilapan percaturan.

Kalau dalam PRU lalu, Umno menang 27 kerusi dari 59, kini di bawah Dr Zambry, jumlah itu akan bertambah dan malah MCA dan parti komponen lain yang bertanding akan mencatatkan pertambahan kerusi.

Justeru biarpun Anwar  berusaha memadamkan perkataan ‘takut’ dari Kamus Dewan sekalipun, malangnya usaha sedemikian tidak mencukupi untuk memberikan beliau kemenangan.

Jika Perak melahirkan bibit-bibit awal politiknya, maka nampaknya Perak juga akan menyaksikan politik Anwar Ibrahim berkubur untuk selama-lamanya. Kepada Anwar, selamat mencuba.


perak oh perak
hanya

       
saifulfromslim